Selasa, 28 Mei 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di SM Kolej Jasin, Melaka

24 Mei 2013, Melaka : Satu Program Ceramah Motivasi pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Teknik, Jasin, Melaka.Program ini melibatkan kira-kira 400 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini juga.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk, "Rejuvenasi Minda Demi Kecemerlangan". Beliau berceramah mulai jam 9.30 pagi sehingga ke jam 1.00 petang.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut.


Disediakan oleh : EDITOR

3 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih kepada encik Syamsul Amri bin Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)memberikan ceramah bertajuk, "Rejuvenasi Minda Demi Kecemerlangan". kami warga SMTJ menghargai kedatangan beliau.

fazrin berkata...

syabas..syabas..syabas form 5!

Awanama berkata...

Sumpahhhh, gempak habiss