Selasa, 14 Mei 2013

Ceramah Motivasi Pelajar SMK Seri Ampangan

14 Mei 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 6 Rendah sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2014 nanti. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Kuliah, SMK Seri Ampangan.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Menerusi program ini Sdr Syamsul mendedahkan para pelajar tentang cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi di luar sana seandainya para pelajar tidak memperlengkapkan diri dengan kecemerlangan akademik serta sahsiah yang tinggi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: