Rabu, 22 Mei 2013

Ceramah Motivasi "I Love My Job" di SK Kiaramas, KL

22 Mei 2013, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah Motivasi Guru telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Kuala Lumpur. Program ini merupakan program anjuran bersama pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kiaramas.

Program Ceramah Motivasi ini berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Dengan tajuk "I Love My Job" (saya sayangkan kerjaya saya), ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan telah dikongsikan bersama sekelian guru-guru yang hadir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: