Ahad, 12 Mei 2013

Sidang Media Debat Pelaburan Saham Malaysia di Persada, Johor (MISEE 2013)

10 Mei 2013, Kuala Lumpur : Satu Sidang Media telah diadakan bertempat di Bilik Media, Bangunan Bursa Saham Malaysia di Kuala Lumpur. Sidang media ini telah diadakan oleh pihak Persatuan Pelabur Saham Strategik Melayu Malaysia (PPSSMM) bersama-sama dengan pihak Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Program Sidang Media ini diadakan bersempena dengan Program Expo Pelaburan Saham Malaysia (MISEE) yang bakal berlangsung di Persada, Johor pada 17 Mei 2013 hingga 19 Mei 2013 nanti.

Antara lain program yang turut diadakan adalah Pertandingan Debat Pelaburan Saham dengan Format Ala-Presiden. Dengan itulah sidang media ini dikendalikan oleh Sdr Norizam Tukiman, Presiden Persatuan Pelabur Saham Strategik Melayu Malaysia (PPSSMM) bersama-sama dengan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Pertandingan debat ini nanti akan melibatkan 12 buah pasukan daripada 7 buah universiti tempatan. Selepas sahaja selesai sidang media ini Sdr Syamsul kemudiannya mengendalikan taklimat teknikal debat kepada para peserta yang hadir bagi memahami teknikal perdebatan sebelum daripada pertandingan sebenar berlangsung iaitu kira-kira 7 hari sahaja lagi.

Dengan ini EDITOR mengucapkan selamat maju jaya buat PPSSMM dan ADAM di atas kerjasama yang dijalinkan dan mudah-mudahan program ini mampu mencapai matlamatnya.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepajang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: