Rabu, 29 Mei 2013

Motivasi Pelajar UPSR SK Petaseh

29 Mei 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Petaseh, Kuala Klawang, Jelebu. Program ini melibatkan para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2013 ini yang terdiri daripada pelajar SK Petaseh dan SK Peradong.

Program ceramah ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.




Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Awanama berkata...

My old school.....1987 -1992