Rabu, 1 Mei 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" Politeknik Tg. Malim

1 Mei 2013, Sungkai : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar khusus buat pelajar tahun akhir Jurusan Diploma in Retail Management (DRM), Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Tg. Malim, Perak telah diadakan bertempat di Mengkawan Chalet, Sungai Kelah, Sungkai, Perak.

Program ceramah ini telah diadakan demi mempersiapkan diri para pelajar sebelum menempuhi alam pekerjaan di luar nanti. 

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Demi Kecemerlangan Masa Hadapan". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Awanama berkata...

terbaik encik ! insyaALLAH, kite jumpa lagi..

Miana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.