Selasa, 17 September 2013
Bicara Presiden ADAM : DEBAT Asrama Yayasan Selangor (AYS) 2013
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Rindu pula rasanya, setelah sekian lama menyepi dalam ruang penulisan ini. Kesibukan melanda diri sehinggakan adakalanya, tidak menyedari apa yang disibukkan sebenarnya... Pelbagai sebenarnya, dengan tugasan seharian, mesyuarat yang tidak berhenti, penyelarasan program, komitmen memenuhi undangan ceramah pengucapan awam, teknikal pidato, teknikal debat, motivasi pelajar, kekeluargaan dan sebagainya...
Namun, bukan itu yang ingin saya kongsikan di sini, sekadar mengutarakan pandangan berkisar kepada Pertandingan Debat Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor bertempat di Asrama Yayasan selangor (AYS) di Klang pada 13 hingga 16 September 2013 baru-baru ini. Saya bersyukur sebenarnya kerana telah dipelawa dan diberi peluang dan ruang menghakimi beberapa pertandingan mulai pusingan ke 4, pusingan kelima, suku akhir, separuh akhir dan akhir.
Alhamdulillah, menerusi pemerhatian saya ini, saya dapati sedemikian hebat dan sedemikian ramai pendebat-pendebat muda yang komited dan berusaha untuk menempatkan diri di kalangan yang terbaik. Saya kira mereka ada yang hebat, ada yang 'boleh tahan' dan ada yang masih terlalu banyak yang perlu dicari, ditimba, dipelajari dan dipraktikkan.
Yang pastinya, masih ada ruang untuk ditambah baik bagi mempertingkatkan mutu perdebatan di kalangan mereka. Saya melihat, kebanyakan pasukan memiliki jurulatih atau pembimbing yang terdiri dari senior yang merupakan bekas mendebat sekolah tersebut, bekas pendebat universiti, malahan ada yang masih lagi berdebat di universiti lagi (pembimbingnya). Maka, saya kira penulisan saya ini bukan hanya untuk para pendebat tempohari malahan juga kepada para pembimbing tadi agar anak-anak didik mereka dapat digarap dengan lebih terperinci supaya tidak lagi melakukan kesilapan yang sama dalam pertandingan yang akan datang.
Baiklah, teguran yang merupakan pandangan untuk penambahbaikan ini tidaklah se 'serius' mana, tetapi andai dibiarkan, mungkin boleh menjadi kesalahan besar buat para hakim yang mempunyai perspektif yang berbeza daripada saya.Tapi, yalah, mana yang boleh kita perbaiki, maka tidalah salahnya kita perbaiki.
Pertama; Dari aspek ISI. Saya melihat, para pelajar ini semakin kurang membaca. Ini dapat dilihat dari aspek penyampaian hujah, yang kebanyakannya seolah tidak faham dengan apa yang disampaikannya sendiri. Satu permasalahan yang ketara adalah disebabkan ke'bergantung'an kepada gadget! Keupayaan menilai isi di dalam internet, dalam masa yang sekejapan tanpa dibantu dengan pengetahuan am dan isu-isu semasa memungkin pendebat tersesat di dalam penghujahan dan lebih lagi sesat apabila gagal menjawab soalan / celahan dari pihak lawan dengan baik.
Keduanya; Dari aspek GAYA. Ini memang tidaklah bermasalah sangat sebenarnya, cumanya, melihat gaya seolah-olah meniru gaya orang lain (pendebat lain) mungkin menerusi laman youtube, bukan hanya gayanya, cara sebutan pun seolah-olah ingin meniru 'orang' lain juga. Bunyinya tu adakalanya hingga membosankan halwa telinga disebabkan terlalu ramai yang membunyikannya dengan cara sama setiap sebutan dan caranya.
Ketiganya; TEKNIKAL. saya lihat dari segi struktur asas mungkin tidaklah bermasalah sangat, cumanya, ada terdapat kebanyakan pasukan, mempunyai masalah teknikal dari aspek memahami teknikal DEFINISI. Saya bukan ingin melihat bagaimana pendefinisian dilakukan, tetapi lebih kepada teknikal menerima atau menolak definisi. maka, saya dapati beberapa pasukan yang berada di posisi pembangkang, mereka menyatakan penerimaan kepada definisi, tetapi dengan pertikaian. Baik. Pertikaian sahaja dibenarkan sebagaimana peraturan yang dibuat oleh pihak MADUM, namun akhirnya bila membuat pertikaian, hakim masih juga ingin menilai di akhirnya (setelah pertikaian dibuat) apakah stand atau pendirian pasukan? Apakah masih menerima atau menolak.
Sebab apa ini saya sentuh, ini adalah kerana ada beberapa pasukan yang agak seimbang dan mantap persembahannya, tewas hanya disebabkan oleh permasalahan TEKNIKAL seperti ini.
MADUM meletakkan syarat tiada lagi pindaan dibenarkan, tetapi... pertikaian terhadap definisi masih boleh dibenarkan. Maka pendebat hanya boleh menerima atau menolak. Masalahnya, pasukan ini kebanyakannya menerima dengan pertikaian, dan apabila perdebatan diteruskan tidak pula menggunakan definisi pihak kerajaan yang telah di 'terima' ya tadi.
Dan terakhirnya; BAHASA... saya melihat teguran ini lebih kurang teguran saya dalam yang aspek kedua tadi. Terdapatnya unsur peniruan dan usaha untuk menjadi orang lain. Maka, originality nya sudah tidak ada. Kebanyakan pendebat pula gemar menggunakan bunga bahasa bagi memperelokkan gaya persembahannya (konon-kononya lah) sebagai contoh ayat "Jangan sampai ayam disambar helang","Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur"... dan lain-lain lagi.... masalahnya dari pusingan awal sampai ke penghujung pertandingan, itulah ayat yang digunakan dan di 'recycle'. Ingat ya, sebaik-baiknya, jadilah seorang yang kreatif.
Kepelbagaian gaya, bahasa, ayat dan kemudiannya disesuaikan pula dengan situasi... percayalah... anda mampu menjadi lebih baik.
Apa pun tahniah buat semua, dan tidak terlupa saya ucapkan terima kasih buat pihak AYS di atas kesudian mengundang saya ke program ini. Dapat juga mengasah-ngasah minda juga... cuma maaflah kepada beberapa pendebat yang sempat saya "test" ketajaman asahan saya ketika memberi komen hakim tempohari.. he he...
Sekian sahaja pandangan dari saya....Tapi, ya lah... ini hanyalah pandangan biasa daripada orang yang 'biasa-biasa' macam saya. Semoga mana yang baik itu dapat diambil dan dimanfaatkan bersama... insya Allah.
Wassalam.....
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)
17 September 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan