Isnin, 30 September 2013

Ceramah Motivasi Belia di Dewan MPN

28 September 2013, Nilai : Satu Program Ceramah Motivasi Belia telah diadakan bersempena dengan Program Local Agenda 21 (LA21). Program ini merupakan program anjuran bersama Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bersama dengan Jabatan Belia Negeri Sembilan.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Belia Cemerlang Menempa Masa Hadapan Gemilang". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: