Isnin, 16 September 2013

Mesyuarat MT ADAM bersama Penyelaras Debat Inter Politeknik Malaysia

14 September 2013, Shah Alam : Satu Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi ADAM bersama penyelaras Pertandingan Debat Ala Parlimen Antara Politeknik Seluruh Malaysia telah diadakan bertempat di Seksyen 3, Shah Alam. Mesyuarat ini didakan bagi membuat penyelarasan perjalanan program ini terutamanya perihal berkaitan dengan aspek senarai hakim dan juga teknikal penghakiman yang bakal digunakan di dalam pertandingan berkenaan.

Penyelaras program ini, Cik Nadia telah hadir bagi memperjelaskan perjalanan serba sedikit pertandingan berkenaan yang bakal berlangsung pada 27 September 2013 hingga 30 September 2013.

Mewakili pihak Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) adalah Presiden sendiri iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pn Fatmah Faisol, Setiausaha ADAM, Sdr Johari Mohamad (JPT ADAM), Sdr Zhafrie (JPT ADAM) dan Sdr Rizal Safari (JPT ADAM).

Mesyuarat berkenaan telah berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.
   

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: