Rabu, 18 September 2013

Motivasi "Rejuvenasi Minda" JHEAINS di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi

18 September 2013, Seremban : Satu Program Motivasi khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah diadakan mulai 18 September 2013 hingga ke 20 September 2013. Program Motivasi ini melibatkan pelbagai pengisian khusus untuk pemantapan prestasi para Pegawai dan Kakitangan. Program ini telah berlangsung di Dewan Besar Pusat Dakwah dan Islamiah, Paroi.

Di antara penceramah undangan yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan di dalam memperkasakan keyakinan serta ketahanan diri telah dibentangkan untuk faedah semua. Sdr Syamsul menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Lebih kurang 150 orang peserta telah menghadiri program ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: