Isnin, 23 September 2013

Ceramah Motivasi STUDYTHON SMKDUMA 2013

20 September 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj (SMKDUMA) di Kuala Klawang, Jelebu. Program ini diadakan khusus buat para pelajar asrama SMKDUMA yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak beberapa hari lagi.

Program ini dinamakan sebagai Program STUDYTHON SMKDUMA 2013 yang mana merupakan program tahunan yang mesti dibuat oleh pihak SMKDUMA.

Penceramah undangan yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Tips Persediaan Peperiksaan Saat Akhir". Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 8.30 malam hingga ke jam 10.30 malam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: