Jumaat, 6 September 2013

Ceramah "Pecutan Akhir UPSR di SK Taman Seri Pagi

6 September 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban. Ceramah ini diadakan khusus buat tips-tips dan persediaan akhir calon-calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah berkenaan.

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Pecutan Akhir Menuju UPSR". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang ceramah beliau berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: