Rabu, 25 September 2013

Ceramah Motivasi SMKDUH di Kem Agroloka, Jelebu

25 September 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan bersempena dengan program STUDYTHON SMK Datuk Undang Jelebu. Program ini diadakan khusus buat 20 orang pelajar ELIT PMR 2013 dan 20 orang pelajar ELIT SPM 2013. Program ini diadakan bertempat di Kem Agroloka, Kuala Klawang, Jelebu.

Program ceramah dengan tajuk "Tips Persediaan Peperiksaan Akhir" ini berlangsung mulai jam 8.30 malam hingga ke jam 10.00 malam.

Penceramah undangan yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan saat akhir telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.
  

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: