Rabu, 25 September 2013

Ceramah Motivasi Tips Memujuk Anak Tidak Mahu Makan

25 September 2013, Rembau : Satu Program Ceramah Motivasi telah dianjurkan oleh Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Program ini telah diadakan bertempat di Kolej Komuniti Rembau di Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang. Program ini diadakan bersempena dengan Program Kursus Updates On Effectiveness Cooking Demonstration For Health Providers Peringkat Negeri Sembilan 2013

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Anak Tak Mahu Makan, Emak Beri Alasan". Beliau menyampaikan pelbagai tips serta nasihat berkaitan masalah anak-anak yang tidak mahu makan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: