Rabu, 11 September 2013

Ceramah Motivasi Pelajar di SK Ramuan Cina Kechil, Lubok Cina, Melaka

7 September 2013, Lubok China : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Ramuan Cina Kechil (SKRCK), Lubok Cina, Melaka. Semua pelajar kecuali pelajar Tahun 6 terlibat di dalam program ini. Pelajar tahun 6 dikecualikan daripada menghadiri program ini memandangkan mereka diberi ruang untuk persediaan peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada minggu hadapannya.

Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".

Paling bermakna, di dalam program ini Sdr Syamsul telah berpeluang bertemu muka dengan Cikgu Zarimi yang merupakan sahabat karib beliau suatu ketika dahulu di zaman universiti ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Mereka tidak berjumpa lebih kurang 12 tahun lamanya.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bermanfaat,ini juga dapat menarik minat para pelajar untuk lebih maju.....memang kelakar