Isnin, 16 September 2013

Ceramah Motivasi Pelajar SMK KGV Seremban

13 September 2013, Rembau : Satu Program Kem Ibadah telah diadakan khusus buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Para pelajar terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) Seremban. Kira-kira 170 orang pelajar yang telah mengambil bahagian di dalam program ini.

Memulakan slot pertama di dalam program ini, Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah diundang bagi menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan". Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.15 malam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: