Isnin, 30 September 2013

Ceramah Motivasi Pelajar MRSM Serting

28 September 2013, Jempol : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan bersempena dengan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasiin serta Doa Selamat bersempena dengan persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Serting. Program ini telah dihadiri oleh para pelajar dan juga ibu bapa pelajar serta guru-guru MRSM Serting sendiri.

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan". Beliau berceramah mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 9.30 pagi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


 Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: