Isnin, 30 September 2013

Ceramah Motivasi "Hatiku Pasrah" di SME Corp. Kuala Lumpur

27 September 2013, Kuala Lumpur : Satu Program Motivasi Santai telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia Kuala Lumpur bertempat di Bangunan SME Corp. Kuala Lumpur. Ceramah berlangsung mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Hatiku Pasrah". Menerusi ceramahnya beliau berkongsi perihal perbezaan di antara konsep 'redha' dan juga 'pasrah'.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: