Khamis, 12 September 2013
Motivasi Team Building Jab. Pergigian NS Meriah!!
11 September 2013, Kuala Pilah : Satu Program Seminar "Budaya Kerja Cemerlang" (Team Building) telah dianjurkan oleh Unit Kesihatan Pergigian Kuala Pilah khusus buat para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan Darul Khusus. Program selama dua hari ini telah berlangsung pada 9 - 10 September 2013 bertempat di Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
Sebanyak 6 Slot ceramah yang telah disampaikan, antaranya:
Slot 1 : Pemikiran Strategik
Slot 2 : Pemantapan Disiplin
Slot 3 : Kemahiran Komunikasi (Interpersonal)
Slot 4 : Penyelesaian Masalah & Pembuatan Keputusan
Slot 5 : Kepimpinan Multitasking; dan
Slot 6 : Budaya Kerja Cemerlang
Dengan ini EDITOR ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Kesihatan Pergigian Kuala Pilah di atas kejayaan menjayakan program yang bermanfaat seperti ini.
Segala gambar-gambar program yang telah sempat dirakamkan di sepanjang kursus yang berlangsung selama dua hari ini boleh dilihat menerusi folder berikutnya.
====================
KOMEN PESERTA
====================
Komen 1:
Ceramah yang bagus. Membuat diri saya untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Komen 2:
Banyak ilmu pengetahuan. Penyampaian yang mudah untuk difahami. Tidak bosan untuk mendengar. Menyeronokkan. Padat dengan segala isi kandungan. Penceramahnya dapat menarik peserta supaya tidak rasa boring.
Komen 3:
Saya ucapkan terima kasih kerana kursus ini berjaya membuka minda dan banyak pengetahuan yang dipelajari.
Komen 4:
Bermanfaat. Suasana yang tidak membosankan. Penceramah pandai menarik perhatian peserta.
Komen 5:
Awesome !
Komen 6:
Ceramah yang sangat menarik dan harap dapat memberi ceramah pada kakitangan pergigian lagi di masa hadapan. Langsung tidak boring, mengantuk sepanjang ceramah ini... Terima kasih banyak kepada penceramah :)
Komen 7:
Sangat bagus; perbanyakkan lagi ceramah ini di lain kali.
Komen 8:
Inilah kali pertama saya menghadiri kursus yang amat menyeronokkan tanpa rasa bosan. Saya amat berpuashati selama dua hari ini... walaupun jauh perjalanan namun tiada rasa penat atau membosankan. Terima kasih En. Syamsul Amri
Komen 9:
Assalamualaikum. Terima kasih di atas ceramah yang telah diberikan oleh En Syamsul.. actually, nothing to say or comment but just a little word to give... EXCELLENT !! WELL DONE + GOOD JOB .. :)
Till all of us meet in other session...
Komen 10:
Saya berpuashati dengan kursus yang telah diberikan oleh En Syamsul Amri. Saya berharap kursus ini akan memberikan teladan kepada saya. Kursus ini tidak membosankan kerana ada pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik.
Komen 11:
TQ so much to En Syamsul. Ceramah yang diberi amatlah bagus dan cemerlang. Tidak bosan. Tidak mengantuk dan banyak pembelajaran baru.
Komen 12:
Contoh yang diberikan oleh penceramah mudah difahami berdasarkan kisah-kisah kehidupan harian. Terdapat unsur-unsur dakwah yang disampaikan oleh penceramah untuk kebaikan. Penceramah seorang yang kelakar.Terima kasih daun keladi, ada masa jumpa lagi.
Komen 13:
Dalam banyak-banyak kursus yang saya hadiri, kursus inilah paling best. Tak pernah jumpa penceramah yang profesional macam ini. Banyak benda saya pelajari dari penceramah dari segi tempat kerja, keluarga dan macamana hidup senang
Komen 14:
Nak dengar 10 + + + kali lagi. Belum pernah lagi donga ceramah cam ni.
Komen 15:
Tak ngantuk. Best. Seronok. Enjoy!!!
Komen 16:
Sangat menarik dan terhibur
Komen 17:
Ceramah yang amat bermakna serta berguna dalam tugas harian. Penuh dengan pengisian yang berinformasi dan lawak jenaka oleh En Syamsul Amri
Komen 18:
Sangat-sangat seronok. Penceramah yang menghidupkan suasana kursus dengan idea dan tajuk-tajuk yang sangat menarik. Tak boring langsung. Diharapkan En Syamsul dan group lebih sukses. Thanks.
Komen 19:
Mesej yang hendak disampaikan jelas. Penceramah sangat bagus. Tidak mengantuk. Tidak boring.
Komen 20:
Sepenuh kursus tak pernah mengantuk. Tambahkan sehari lagi. Nest nya penyampaian En Syamsul. Sepanjang kursus seronok.
Komen 21:
Ceramah En Syamsul best. Dapat banyak ilmu yang boleh dipraktikkan. Cara penyampaian En Syamsul berbeza dengan penceramah kursus-kursus yang lain. Langsung tak mengantuk. Kursus semalam dan hari ini memang happy!! Terima kasih En Syamsul.
Komen 22:
Kursus budaya cemerlang sangat bermanfaat. Dalam ketawa banyak pengajaran yang diperolehi. Nak datang lagi dengar ceramah En Syamsul Amri.
Komen 23:
Kursus ini sangat seronok, tidak mengantuk dan memberi banyak ilmu yang bermanfaat.
Komen 24:
Sangat 'entertaining' tapi saya tak faham sangat loghat Negeri Sembilan :)
Komen 25:
Ceramah pada dua hari ini sangat seronok, gembira, dapat ilmu yang bermanfaat, sangat kelakar dan semoga ada lagi ceramah seperti ini. Terima kasih.
Komen 26:
Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada penganjur kursus budaya cemerlang ini kerana telah menjemput penceramah En Syamsul Amri yang menjadikan ceramah dua hari ini sungguh. Banyak nasihat dan pengetahuan telah saya dapati daripada kursus ini.
Komen 27:
Kursus ini penuh ceria dengan tambahan ilmu yang berguna dan insya Allah akan dapat dimanfaatkan buat kami semua. Syukur Alhamdulillah, Benarlah, kitalah sebenarnya yang merubah suasana (kehidupan) dan jangan biarkan kehidupan merubah kita. Terima kasih banyak-banyak En Syamsul Amri.
Komen 28:
Memberi keyakinan lagi untuk saya berusaha dalam perkhidmatan kerjaya saya. Semoga akan diadakan lagi ceramah seperti ini kerana tidak membosankan peserta kursus yang hadir.
Komen 29:
Ceramah kursus pada dua hari ini sungguh menyeronokkan dan memberi manfaat kepada saya untuk meneruskan tugas-tugas dengan semangat dan berdikari. Akan saya memberi segala apa yang saya dapat selama ini akan diberikan kepada rakan-rakan sejawat.
Komen 30:
Kursus yang saya hadiri kali ini adalah kursus yang paling best kerana penceramahnya En Syamsul sangat kelakar.
Komen 31:
Ceramah/Kursus selama dua hari ini adalah yang terbaik yang saya pernah hadiri selama beberapa tahun ini. Penceramah (En Syamsul) yang TERBAIK dari segi penyampaian beliau yang memberi manfaat untuk semua.
Komen 32:
Kursus yang diberikan selama dua hari ini rasanya tidak mencukupi. Kalau boleh, tambah lagi di masa akan datang. Terima kasih kepada penceramah, En Syamsul Amri. Terima kasih!!
Komen 33:
First time saya datang ceramah, saya telah mendapat penyakit gelak. Asyik tergelak tak abis-abis. Apa pun kursus yang saya hadiri pada 2 hari ini sungguh menyeronokkan dan tidak membosankan. Apa yang disampaikan sangat mudah difahami. En Syamsul penceramah terbaik.
Komen 34:
TERBAIK !!!
Komen 35:
TERBAIK !!! 2 THUMBS !!!
Komen 36:
Saya tiada sebarang komen pada kursus ini. Saya berasa sangat gembira menghadiri kursus ini...
Komen 37:
TERBAIK! Tahniah kerana dapat memberikan yang terbaik!!
Komen 38:
Saya amat berpuashati dengan ceramah yang diberikan. TERBAIK!!
Komen 39:
Penceramah dan Ceramah yang diberikan adalah baik serta dapat ilmu yang banyak dalam kursus ini. Dapat mempelajari perkara-perkara yang baru. Sekian, terima kasih.
Komen 40:
Sangat berpuashati dengan kursus budaya cemerlang selama dua hari di sini. Kerana segala apa yang diberi tunjuk ajar dan pengajaran serta pengalaman yang diberikan akan digunakan untuk masa hadapan.
*** Hanya 40 peserta menghantar komentar kepada urusetia daripada 62 orang peserta yang menghadiri kursus ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
sangat berpuashati dengan ceramah beliau dan ini akan menambah prestasi murid murid dalam bidang akademik......ceramah beliau juga sangat kelakar.asyik tergolak golak den...
Catat Ulasan