Khamis, 18 Mac 2010
Debat Piala Naib Canselor USIM
Fakulti Kajian Sains Perubatan (FKSP) telah bergelar juara Debat Piala naib Canselor USIM yang baru apabila menewaskan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) di pertandingan akhir Debat Naib Canselor 13 Mac 2010 yang lalu.. Izzudin selaku pendebat ketiga FKSP pula telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir. FKSP telah menewaskan FSU dengan usul yang dibawa iaitu "Sistem Pendidikan Punca Pekerja Tidak Berintegriti". FKSP yang menang telah bertindak selaku pihak pembangkang di dalam pertandingan ini.
Isnin, 8 Mac 2010
Ceramah Motivasi Kepimpinan di SMK Dato Undang Musa Al-Haj
Pada 6 Mac 2010 yang lalu telah berlangsungnya satu sesi ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar yang telah berlangsung di SMK Dato Undang Musa Al-Haj. Program yang bertemakan "Saya Bangga Menjadi Pengawas" ini di adakan bagi menggilap perasaan yakin dan percaya diri di kalangan pengawas yang telah dipilih menjadi pemimpin pelajar bagi tahun 2010 ini. Seramai 83 orang pemimpin telah hadir mengikuti ceramah ini.
.
Program ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Eksekutif Bahagian Kajian Dasar daripada Intellectual Orator Consultant (IOC) telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah pada program ini, Beliau tampil dengan tajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan (Kepimpinan)". Ceramah beliau berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Para peserta yang nyata bertenaga dan fokus dengan ceramah yang disampaikan kelihatan benar-benar seronok dengan sesi ini malahan ada yang menyatakan bahawa program ceramah ini perlu diadakan lagi di masa-masa akan datang.
.
Antara lain, Saudara Syamsul menekankan tentang pemimpin-pemimpin pelajar perlu sedar akan tiga tanggungjawab utama iaitu; sebagai pelajar, sebagai pemimpin pelajar dan sebagai anak. Sebagai pelajar, semua pelajar tidak boleh lupa akan tanggungjawab menimba ilmu dan tidak boleh menjadikan komitmen yang tinggi sebagai pemimpin pelajar sebagai alasan untuk kecundang dalam akademik. Keduanya; sebagai pemimpin pelajar pula, perlu difokuskan perhatian agar setiap tindakan dan tindak-tanduk berteraskan kepada imej serta personaliti yang baik agar menjadi contoh dan ikutan kepada sekelian pelajar yang lain. Dan sebagai anak; tidak melupakan jasa kedua ibu bapa dan berusaha membalas jasabaik kedua ibu bapa dengan pencapaian akademik yang cemerlang.
.
Langgan:
Catatan (Atom)