Isnin, 21 September 2015

Ceramah Motivasi Kemasyarakatan di Kampung Tengah, Labu


21 September 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kemasyarakatan telah dianjurkan oleh Skuad An-Nur dan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Kampung Tengah. Program ini telah berlangsung di Balai Raya, Kampung Tengah, Labu, Seremban. Turut hadir sama YBhg Datuk Jaafar Shahardin yang juga merupakan Bendahari UMNO Bahagian Rasah. Beliau hadir bagi menyampaikan sumbangan kewangan kepada Skuad An-Nur bagi tujuan perlaksanaan aktiviti di Kampung berkenaan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Motivasi Kemasyarakatan dan Penerangan Isu-Isu Semasa Negara". 

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR