Isnin, 31 Mac 2014

Ceramah Motivasi "Muslim Profesionalisme - Jannati"

29 Mac 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi di Seminar Muslim Profesionalisme - Jannati telah diadakan bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Norhayati Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Pilah yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Sembilan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Muslim Profesionalisme Menerusi Aspek Kepimpinan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah Motivasi Kepimpinan Pengerusi JKKK Perak (Album 1)

27 Mac 2014, Ipoh : Satu Program Ceramah Motivasi Kepimpinan telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak Darul Ridzuan. Program ini diadakan khusus buat semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri Perak Darul Ridzuan.

Program ini diadakan bersempena dengan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengerusi JKKK seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan. Program diadakan bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kepimpinan Berkarisma, Rakyat Sejahtera".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.

*******************************************************************

Album 1

Ceramah Motivasi Kepimpinan
Di Majlis Penyerahan Watikah
Perlantikan Pengerusi JKKK
Seluruh Negeri Perak darul Ridzuan

27 Mac 2014

Di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan


Disediakan oleh : EDITOR