Jumaat, 29 Julai 2011

Forum Perdana Ihya Ramadhan di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

28 Julai 2011, Putrajaya : Satu program Forum Khas Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah, telah diadakan bertempat di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Presint 4, Putrajaya. Forum ini diadakan khusus bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang tidak sampai pun beberapa hari lagi.

Ahli panel forum yang telah dijemput adalah YBhg Dato' Ustaz Daud Che Ngah, YBhg Ustazah Zawiah Hassan dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). YBhg Ustaz Iszam Padil pula telah bertindak selaku Moderator bagi program Forum ini.

Tahniah dan syabas diucapkan buat urusetia daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di atas usaha murni ini. Dengan ini EDITOR suka sekali memetik satu ayat di dalam Al-Qur'an yang bermaksud : "Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"( Surah Al-Baqarah : 183).

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR