Khamis, 28 Julai 2011

Motivasi "Kecemerlangan Pelajar" anjuran BAKI MPS

16 Julai 2011, Seremban : Satu program ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri di Seremban. Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam (BAKI) Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Program ini berlangsung pada 16 Julai 2011 mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 5.00 petang.

Salah seorang penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pelajar Cemerlang Menjana Masa Hadapan Gemilang". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Ceramah beliau nyata mengusik hati para peserta di mana beliau telah berjaya mempertahankan fokus para pelajar selama 2 jam tanpa henti dengan setiap isikandungan ceramah beliau dikaitkan dengan pelbagai kisah dan peristiwa untuk renungan para pelajar. Begitu juga seperti biasa Sdr Syamsul mencuit hati para pelajar dengan pelbagai unsur lelucon dan jenaka yang benar-benar menarik perhatian para peserta.

Sebaik sahaja selesai ceramah Sdr Syamsul, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil oleh YBhg Tn Hj Ismail Ahmad, Pengarah Jabatan Pengindahan & Senitaman MPS merangkap Yang DiPertua BAKI. Dan sebaik sahaja selesai upacara penyampaian sijil telah berlangsung juga sesi bergambar melibatkan keseluruhan peserta dan urusetia terlibat.

Tahniah buat BAKI dan selamat maju jaya diucapkan buat para peserta. Berikutnya dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program ceramah Sdr Syamsul berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: