2. Azri Jaharudin (Universiti Tun Hussein Onn)
3. Azmiera Mohamad Kassim (Politeknik Ungku Omar)
4. Mohd Hafiz Mod Zahari (Politeknik Ungku Omar)
5. Nur Izzaty Ahmad (Politeknik Merlimau)
6. Nur Farhana Norsazali (Politeknik Merlimau)
7. Muhammad Haffiz Zainal Abidin (Politeknik Seberang Perai)
8. Nurul Liyana Nazari (Politeknik Seberang Perai)
9. Nurdhiya Aizat Othman (UiTM Melaka)
10. Nur Nadia Mohd Jalani (UiTM Melaka)
11. Abdullah Abd Samad (UiTM Shah Alam)
12. Amirul Safwan Kamaludin (UiTM Shah Alam)
13. Siti Mastura Nazaruddin (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah)
14. Nirmala A/P Gengadore (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah)
15. Ahmad Ibrahim Yazirruddin (UTEM Melaka)
16. Nur Syuhada Che Khalid (UTEM Melaka)
17. Nik Mohd Fakrudin Nik Mat (UTEM Melaka)
18. Yoges A/P Verasuntharam (UIAM)
19. Nur Amalina Ab Aziz (UIAM)
20. Aina Hisham (UiTM Kuching)
21. Abdul Rahman Abdul Kadir (UiTM Kuching)
22. Muhamad Shahizad Saleh (USIM)
23. Muhammad Irhammudin Ibrahim (USIM)
24. Muhammad Azri Naim Mohd Kamal (USIM)
25. Mohd Ikhwan Rosseli (USIM)
26. Mohd Adam Salam (Universiti Malaysia Pahang)
27. Hamizan Hamzah (UTM Skudai)
Kesemua peserta bergambar beramai-ramai bersama-sama tetamu kehormat di atas pentas sebaik selesai upacara penyampaian hadiah
Terdapat dua pemidato yang dijemput khas untuk menyampaikan persembahan pidato di dalam bahasa lain iaitu:
.
1. Agaligadevi A/P Rathakrishna (Politeknik Merlimau) Bahasa Tamil; dan
2. Ahmed Raed Saeed (USIM) Bahasa Arab
.
Pemidato Kategori Jemputan; Ahmad Raed (Bahasa Arab) dan Agaligadevi (Bahasa Tamil)
Disebabkan oleh penyertaan yang menggalakkan pada tahun ini YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua MPN) telah mengumumkan bahawa hadiah kemenangan untuk pertandingan tahun yang akan datang akan dinaikkan. Hadiah Johan RM2,500, Naib Johan RM 2,000 dan Ketiga RM 1,500. Manakala empat pemenang tempat keempat hingga ketujuh akan menerima hadiah RM 500 setiap seorang. Diharapkan dengan pengumuman ini akan menggalakkan lagi penyertaan daripada seluruh pelajar IPT di seluruh negara.
.
Pertandingan akhir telah dihakimi oleh Sdr Syamsul Amri Ismail (Presiden Alumni Debat Malaysia), Sdr Mohd Faizal Hassan (Kaunselor, Seremban), En Mohd Amin Abd Jalil (Wartawan / Kolumnis Berita Harian) dan Sdr Che Khairul Azli bin Che Ahmad (Alumni Debat Malaysia)
Menurut Sdr Syamsul yang bertindak selaku Ketua Hakim, "Pertandingan pada tahun ini sangat menarik dengan menampakkan peningkatan ketara dari segi gaya persembahan serta kematangan setiap pemidato melontarkan idea dan pandangan. Diharapkan agar kesemua pemidato baru pula akan berusaha lebih giat untuk memastikan kejayaan di masa akan datang. Saya yakin, kesemua pendatang baru yang bertarung di dalam pidato peringkat intervarsiti ini mampu pergi dengan lebih jauh lagi berdasarkan potensi yang telah mereka tunjukkan di dalam pertandingan ini".
.
Apa pun EDITOR ADAM dengan ini mengucapkan tahniah kepada yang berjaya, dan kepada yang gagal, cuba lagi di masa akan datang.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR