Sabtu, 31 Mei 2014

Ceramah Isu-Isu Semasa di PDM Sungai Nibong, Teluk Intan

30 Mei 2014, Teluk Intan : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa bersempena dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jalan Sungai Nibong. Pelbagai isu dikupas oleh beberapa orang penceramah undangan khas ke program ini.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Ustaz Faizal Yahya (Penceramah JASA Perak), Sdr Khairudin Azhari (Penerangan UMNO Perak), Sdr Faizal Affendi (Penceramah Penerangan UMNO Malaysia) dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia merangkap Penceramah Penerangan UMNO Malaysia.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Khamis, 29 Mei 2014

Ceramah Isu-Isu Semasa di Kg Bagan Lalang

29 Mei 2014, Teluk Intan : Satu Program Ceramah Isu-Isu Semasa telah diadakan bersempena dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Program kali ini pula telah diadakan bertempat di Kediaman Pn Norida, Kg. Bagan Lalang, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Samak, Teluk Intan.

Penceramah yang telah hadir ke program ini adalah YBhg Ustaz Mohd Reza (Jawatankuasa Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia), YBhg Datuk Zainal Abidin Sakom (Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan - YBK) dan YBhg Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia - ADAM / Penceramah Penerangan UMNO Malaysia).

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR