Khamis, 29 Mei 2014

Ceramah Isu-Isu Semasa di PDM Padang Tembak, Teluk Intan

28 Mei 2014, Teluk Intan : Satu Program Ceramah Isu-Isu Semasa telah diadakan bersempena dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Program ini telah diadakan bertempat di Masjid At-Taqwa, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan. Program ini diadakan bersekali dengan Aktiviti Jom Membaca yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.  

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia - ADAM / Penceramah Penerangan UMNO Malaysia).

Turut hadir sama ke program ini adalah YB Pn Salbiah Ahmad, Ketua Puteri UMNO Negeri Perak yang juga merupakan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Temengor.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: