Isnin, 30 Mei 2016

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar TP1B Smart Camp 2016 di UiTM Puncak Alam


30 Mei 2016, Shah Alam : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan. Program ini di adakan khusus buat para Pelajar Tingkatan 4 yang menyertai Program TP1B Smart Camp 2016 di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pelajar Cemerlang Menjana Masa Hadapan Gemilang".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR