Ahad, 15 Mei 2016
Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" Yayasan Mahir Malaysia
15 Mei 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pembangunan Modal Insan telah diadakan khusus buat peserta Program e-Kasih. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Yayasan Mahir Malaysia (YMM). Program ini telah berlangsung di Hotel Sutera, Seremban 2, Seremban.
Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Kuasa Minda Positif". Pelbagai Tips serta Panduan telah dikongsikan bersama para peserta agar dapat berfikir dan bertindak secara positif demi menghadapi cabaran kehidupan Sosial dan Ekonomi masa kini.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan