Khamis, 5 Mei 2016

Ceramah Israk Mikraj 1437 Hijrah Untuk Stesen TV Al Hijrah


5 Mei 2016, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah Israk dan Mikraj 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Al-Muhajirin, Kompleks Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur. Program ini diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Stesen Televisyen Al-Hijrah, dan program ceramah ini telah berlangsung mulai selepas Solat Asar hingga ke jam 6.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai pengajaran serta pengiktibaran telah dikongsikan disamping tips-tips bekerja sebagai suatu ibadah telah dikongsikan kepada semua yang hadir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: