Isnin, 21 Julai 2014

Ceramah Penghayatan Ramadhan anjuran MPWK Parlimen Jempol

21 Julai 2014, Jempol : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan telah diadakan bersempena dengan Program Karisma Ramadhan anjuran MPWK Parlimen Jempol dengan kerjasama LPPKN Negeri Sembilan. Program ini telah diadakan bertempat di Surau Felda Serting Hilir 6, Jempol.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Penghayatan Ramadhan Serta Perkaitannya Dalam Mewujudkan Keharmonian Keluarga".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 20 Julai 2014

Ceramah Penghayatan Ramadhan anjuran MPWK Parlimen Rasah

19 Julai 2014, Nilai : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan telah diadakan bersempena dengan Program Karisma Ramadhan anjuran MPWK Parlimen Rasah dengan kerjasama LPPKN Negeri Sembilan. Program ini telah diadakan bertempat di Surau Kg. Kubang, Nilai.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Penghayatan Ramadhan Serta Meraikan Ketibaan Syawal Menurut Perspektif Islam".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR