Ahad, 27 April 2014

Ceramah Motivasi Kekeluargaan "Ombak Rindu" anjuran PERDA Pulau Pinang

27 April 2014, Pulau Pinang : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bertempat di Institut Latihan dan Kecemerlangan MARA (ILKM) di Sungai Jawi, Seberang Jaya Selatan, Pulau Pinang. Program ini merupakan satu program anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Ibubapa dan anak-Anak telah menyertai program ini.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ombak Rindu". Pelbagai tips serta panduan telah dikongsikan bersama sekelian peserta yang hadir berkaitan perihal pembentukan keluarga bahagia.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang ceramah tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR