Ahad, 27 April 2014

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Masjid Pasoh 2, Simpang Pertang

26 April 2014, Simpang Pertang : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan khusus buat para penduduk dan sekelian jemaah Masjid Pasoh 2, Simpang Pertang. Program ini telah diadakan bertempat di perkarangan Masjid Pasoh 2.

Turut hadir sama ke program ini adalah Tuan Pengurus Felda Pasoh 2, Pengerusi JKKK Pasoh 2 Tuan Roslan bin Abdul Majid dan juga Nazir merangkap Imam 1 Masjid Pasoh 2 iaitu Tuan Hj Mohd Nor bin Ujang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pembentukan Keluarga Bahagia".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: