Isnin, 27 April 2015

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di JPA Putrajaya


27 April 2015, Putrajaya : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pekerja telah diadakan bertempat di Dewan Mezzanine, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, JPA, Putrajaya.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Rejuvenasi Minda : Kerja Baik-Baik, Keluarga Terpelihara".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR