Khamis, 28 April 2016

Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" JPNIN Kuala Pilah


28 April 2016, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Motivasi Pengisian Ilmu telah diadakan bersempena dengan Program Bengkel "1Hati 1Aspirasi". Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kuala Pilah. Program ini telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Kuasa Minda Positif". 

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR