Isnin, 18 April 2016

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" Anjuran AADK Sepang


18 April 2016, Sepang : Satu Program Ceramah Motivasi Pemantapan Sahsiah Remaja telah diadakan khusus buat para pelajar dari pelbagai sekolah dari dalam Daerah Sepang. Program ini merupakan program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang. Program ini telah berlangsung di Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, Bagan Lalang, Sepang.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: