Rabu, 31 Disember 2014

Ceramah "Penyembelihan Mengikut Hukum Syarak" di KKD Pantai


31 Disember 2014, Seremban : Satu Program Bengkel Penyembelihan Mengikut Hukum Syarak telah dianjurkan oleh Jabatan KEMAS Negeri Sembilan bertempat di Kompleks KEMAS Daerah, Pantai, Seremban. Program ini memberikan pendedahan kepada para peserta tentang teori, kaedah serta teknikal 'penyembelihan' mengikut hukum syarak.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Hikmah Di Sebalik Penyembelihan Dalam Islam".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR