Jumaat, 29 Oktober 2010

Motivasi Kepimpinan di SMK DUMA [ Laporan ]

Motivasi Kepimpinan Pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA)
3 November 2010
.
Dewan Seri Perdana SMK DUMA

.
Program Motivasi Kepimpinan telah diadakan di SMK DUMA di mana program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Program ini telah disertai oleh Pengawas yang telah dilantik bagi tahun 2011, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta beberapa orang pelajar Tingkatan 6.
.
Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah menerusi 2 slot iaitu Slot 1 : "Kepimpinan & Multitasking", dan Slot 2 : "Teknik Pembuatan Keputusan & Penyelesaian Masalah Secara Kreatif". Ceramah telah disampaikan dengan cukup bertenaga serta mendapat respon yang menggalakkan daripada pelajar yang hadir.
.
Pengetua SMK DUMA, Pn Zakiah Bt Md Noor telah turut sama menyertai program ini bersama dengan urusetia yang terdiri daripada guru-guru sekolah SMK DUMA sendiri.
.
Adalah diharapkan agar para pelajar dapat memanfaatkan program ini dengan mempraktikkan setiap input yang telah diberikan menerusi pengisian di dalam slot ceramah ini.
.

Suasana ketika Penceramah baru tiba...

Suasana ketika pelajar mendengar ceramah yang disampaikan

Ada yang tekun mengambil catatan setiap isi yang dibentangkan
Sdr Syamsul ketika menyampaikan ceramah
Pelbagai aksi dan cara digunakan untuk menerangkan isikandungan ceramah
Ketika sesi minum pagi sebelum meneruskan Slot kedua
Dewan Perdana SMK DUMA, tempat di mana ceramah berlangsung
Pn Zakiah Md Noor, Pengetua SMK DUMA yang turut serta mengikuti program
Sdr Syamsul menerima cenderahati daripada Pn Zakiah
Bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
.
.
*******************************************************
KOMEN PESERTA
*******************************************************
.
.
1. Ceramah yang menarik. Tidak membosankan. Dapat pelbagai input yang berguna untuk diamalkan.
2. Alhamdulillah ceramah kali ini amat memuaskan. Terima kasih kerana memberi banyak tips kepada kami.
3. Meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab dalam segala input.
4. Saya rasa amat gembira hari ini kerana En Syamsul telah datang untuk memberi ceramah mengenai kepimpinan. En Syamsul seorang yang pelawak, ceria dan pandai mengambil harti pelajar. Saya harap beliau akan datang lagi.
5. Kelakar + Seronok...
6. Saya Ahmad Zahid berasa amat gembira dengan ceramah En Syamsul yang telah datang untuk memberi ceramah yang bertajuk kepimpinan. Akhir kata saya mengucapkan terima kasih dan ampun maaf kalau ada tersilap kata.
7. Menarik dan banyak memberikan manfaat kepada para pemimpin pelajar. Ceramah menarik. Lebih banyak interaksi dua hala dengan audiens. Ideanya fresh dan segar serta luar kotak.
8. Kedua-dua slot yang dibentangkan sangat menarik. Terima kasih atas ceramah yang diberi.
9. Pada pendapat saya ceramah yang diberi sangat baik dan berguna kepada saya...saya mengucapkan terima kasih.
10. Pada pendapat saya, bila gelak ada yang lupa. Tapi masih menarik!
11. Bagi saya, ceramah bagi kedua-dua sesi memang menarik dan syok habis! Hope, lepas ni dapat datang bagi ceramah di sini lagi!
12. Assalamualaikum. Sangat memuaskan. Mendapat sedikit pengetahuan. Ceramah yang menarik dan best sangat-sangat! Tidak membosankan.
13. Pada pandangan saya, ceramah ini seronok dan ingin mengulanginya lagi. Kalau boleh buat aktiviti sekali. penyampaian terang dan jelas.
14. Pada pandangan saya ceramah hari ini sangat bermakna dan menyeronokkan dari segi penyampaian dan berharap agar ceramah sebegini dapat dilakukan sekali lagi pada tahun hadapan.
15. Terima kasih kerana sudi datang memberi ceramah. Sangat best. Harap datang lagi tahun depan.
16. Komen!!! Ceramah yang bagus, tidak membosankan. Penceramah yang sungguh sporting. Dan yang penting, saya dapat banyak ilmu pengetahuan dalam ceramah ini. - Mohd Umry Abdul Khois.
17. Seronok sangat. Kalau boleh lain kali datang lagi. Isi-isi yang diberi memang padat.
18. Memberikan input yang berguna. Ceramah yang seronok.
19. Ceramah ini amat baik kepada pemimpin-pemimpin kerana telah banyak memberi tip-tip apabila seseorang itu menghadapi masalah. Ceramah ini amat berguna juga. Saya harap Encik Syamsul tidak jemu menghadiri ceramah di SMK DUMA.
20. Saya amat gembira mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah kedua-dua ceramah itu tadi. Saya amat suka.
21. Happy. Seronok. Best sangat. Funny!
22. Saya berpendapat ceramah ini tidak membosankan. Banyak tips yang diberi oleh penceramah.
23. To En Syamsul : Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan En Syamsul. Saya akan mendengar nasihat En Syamsul dan saya amat kagum atas ucapan Encik.... Terima kasih.
24. Saya rasa ceramah yang disampaikan oleh En Syamsul Amri memang banyak memberikan manfaat kepada saya. Ceramah ini tidak bosan.
25. Saya rasa ceramah En Syamsul banyak memberi manfaat dan faedah kepada saya. Tidak membosankan malahan menyeronokkan.
26. Saya rasa ceramah yang disampaikan tidak membosankan malah memberikan kegembiraan. Selain itu, ceramah yang disampaikan oleh En Syamsul tadi banyak memberikan pengajaran kepada saya.
27. Ceramah tadi tidak bosan, banyak beri pengajaran kepada saya supaya berhati-hati memberikan jawapan apabila ditanya nanti.
28. Penceramah yang menyampaikan ceramah sangat bersahaja. Saya tidak kering gusi mendengar ceramah beliau. - Nureen Fasiha Shahrudin
29. Saya rasa ceramah yang disampaikan kepada saya dan rakan-rakan tidak membosankan. Saya harap Tuan Syamsul datang lagi untuk memberi ceramah.
30. Saya rasa penceramah hari ini agak kelakar dan menghiburkan hati kami. Saya juga mempelajari sesuatu yang disampaikan.
31. Sepanjang ceramah dijalankan, pelbagai manfaat yang telah saya terima daripada program ini.
32. Saya berasa bersyukur kerana dapat mendengar ceramah yang begitu bagus dan padat, saya mengucapkan syabas!!!
33. Menyeronokkan. Tidak boring. Banyak input yang disampaikan walaupun dalam gelak tawa. Banyak dapat pengajaran. Harap dapat datang lagi untuk bagi ceramah.
34. Menarik. Pandai menarik perhatian. Cerita yang lucu. Contoh-contoh yang menarik.
35. Saya rasa gembira kerana boleh mendapat banyak pengetahuan dalam ceramah ini.
36. Sara rasa gembira mendengar ceramah. Penceramah sangat kelakar. Dapat banyak faedah.
37. Isi ceramah padat. Gembira semasa mendengar ceramah.
38. - funny -
39. Happy, Bagus kedua-dua ceramah itu.
40. Ceramah sangat baik. Saya berharap agar ceramah seperti ini dilaksanakan banyak lagi pada masa akan datang.
41. Ceramah yang tak boring! Bersahaja. Penceramah sporting. Banyak input. kalau boleh datanglah lagi!
42. Bez sangat... saya jarang happy, tapi dalam ceramah ni, saya dapat banyak manfaat dan gembirakan hati saya... thankz... Daripada : Simpang Durian.
43. Ceramah ini seronok. Saya dapat banyak pengetahuan. Harap tahun depan dapat jumpa lagi. Penjelasan jelas. - From Girl Cute.
44. Sangat menyeronokkan dan berharap datang lagi dan buat lawak lagi ye. Semekum!
45. Saya rasa ceramah tadi tidak membosankan. Pembentangan juga menarik. Pandai mengalih tumpuan pelajar.
46. Saya gembira mendengar ceramah yang penuh dengan kelucuan yang disediakan.
47. Saya merasai bahawa ceramah yang disampaikan amat berkesan, proaktif dan penuh dengan maklumat yang padat. - Mohammad Fitri bin Ibrahim.
48. Saya rasa amat seronok dan gembira. Saya harap besok dia berceramah lagi. kalau tidak tahun depanlah.
49. Ceramah menyeronokkan. Tidak membosankan. Diharapkan dapat membuat ceramah begini lagi tahun hadapan.
50. Ceramah ini menyeronokkan dan menarik kepada saya. Program ini dapat memberi pengajaran kepada saya.
51. Ceramah yang disampaikan sangat menarik perhatian saya. Program seperti ini boleh dijalankan lagi.
52. Ceramah ini menyeronokkan. Banyak ilmu yang saya dapat. Harap cikgu datang lagi.
53. Assalamualaikum. Ceramah ini menyeronokkan. Banyak pengajaran yang telah saya dapat. harap dapat beri ceramah lagi pada masa akan datang.
54. Berasa terhibur. Berasa senang. Ceramah yang menarik. Paling penting ceramah tidak membosankan. Mendapat banyak pengetahuan berguna.
55. Saya berasa terhibur dengan ceramah yang disampaikan. Terdapat banyak tips-tips yang berguna yang dapat saya perolehi daripada ceramah ini. Ceramah amat baik. saya berharap agar ceramah ini diadakan lagi.... Ceramah ini tidak membosankan.
56. Saya berasa amat seronok dan terhibur dengan ceramah yang telah disampaikan oleh En Syamsul Amri. Saya harap, saya dapat amalkan apa yang telah disampaikan.
57. Ceramah yang tidak membosankan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Syamsul.
.
.
* Komentar ini adalah yang sebenar dicatat di atas kertas komen tanpa sebarang pengubahsuaian oleh EDITOR. Harap maklum!
.

Motivasi Kepimpinan SMK DUMA [ Koleksi Gambar ]

Program Motivasi Kepimpinan Pelajar
SMK Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA)
3 November 2010

[ Koleksi Gambar Program ]
















































































































Disediakan oleh : EDITOR

Jurukamera : AHAB