Jumaat, 29 Oktober 2010

Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden di UPNM

27 Oktober 2010, Kuala Lumpur: Satu Pertandingan Debat Keamanan Inter Fakulti telah diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pertandingan debat yang dijalankan menerusi format Ala Presiden ini adalah yang pertama seumpamanya diadakan di negara ini, selepas sahaja sesi perdebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Chik. Begitu juga perdebatan Datuk Seri Koh Tsu Koon dengan Lim Guan Eng.
.
Pertandingan ini memberi satu lagi rangsangan baru dalam dunia perdebatan kerana menampilkan pertandingan seorang lawan seorang.
.
Pertandingan akhir ini telah dirasmikan oleh YBhg Lt Jen Dato' Wira Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Bistari, UPNM bermula pada jam 8.00 malam.
.
Pertandingan tempat ketiga dan keempat telah berlangsung sehari sebelum pertandingan akhir ini dengan menemukan Tuan Ahmad Nazmi Safwan bin Tuan Mat daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Komunikasi) Tahun dua dan Wan Nurhidayat bin Wan Muhammad daripada Fakulti Sains Komputer (Sistem Keselamatan) Tahun 1. Pertandingan penentuan tempat ketiga dan keempat ini telah dimenangi oleh Tuan Ahmad Nadzmi.
.
Manakala pertandingan kemuncak iaitu pada pertandingan akhir telah menemukan Wan Ahmad Ghazly bin Md Ghauz bertemu dengan Wan Azizul Faiz bin Zulkifli. Di dalam pertandingan kahir ini Wan Azizul Faiz daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Tahun 1 telah dinobatkan sebagai juara. Wan Ahmad Ghazly, daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Komunikasi) Tahun 4 pula sekadar berpuashati di tangga kedua. Johan membawa pulang RM 1,000 dan hadiah iringan, Naib Johan membawa pulang RM 700 berserta piala iringan manakala tempat ketika menerima RM 500 serta piala iringan.Tahniah diucapkan.
.
Pertandingan akhir ini telah diadili oleh Sdr Ridzwan (Alumni Debat UTM), Sdr Firdaus (Alumni Debat UKM) dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden ADAM / Alumni Debat UiTM) pula telah bertindak selaku ketua hakim.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat semua di atas uasaha menjayakan satu format baru dalam perdebatan tanahair. Buat Sdr Ridzwan yang mempelopori debat ini, tahniah juga buat anda kerana inilah yang diperlukan daripada alumni debat, inisiatif, usaha dan kreativiti berpanjangan. Tahniah buat semua.
.
YBhg Lt Jen Dato' Wira Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM ketika menyampaikan ucapan perasmian
Di antara pelajar-pelajar UPNM yang hadir
Menyaksikan pertandingan akhir yang sedang berlangsung
Suasana perdebatan di pentas akhir
Setiap hujah dibalas dengan hujah....
Kelihatan barisan hakim di hadapan sedang meneliti penyampaian peserta

Hakim yang sedang tekum meneliti setiap fakta kes yang dibentangkan
Dif-dif kehormat yang turut sama memberi perhatian terhadap hujah yang disampaikan
Persembahan kesenian daripada pelajar UPNM
Persembahan tarian yang mengasyikkan
Persembahan berlangsung sebelum keputusan diumumkan
YBhg Lt Jen Dato' Wira Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Wan Ahmad Ghazly ketika diumumkan sebagai Naib Johan
Wan Azizul Faiz ketika menerima hadiah bergelar Johan
Bergambar bersama piala dan replika cek yang diterima
Kesemua pemenang pertandingan merakamkan gambar kenangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: