
Selasa, 12 Oktober 2010
Ceramah "Pengurusan Sumber Keluarga" di Taman Bukti

.
Di dalam sesi ceramah Sdr Syamsul mengingatkan agar kesemua yang hadir sentiasa peka serta tahu membezakan di antara keinginan dan keperluan. Kerana hanya dengan ini kita mampu menguruskan kewangan keluarga dengan bijak. Tidak hairan jika kita dapat melihat seseorang yang mempunyai sumber kewangan yang tinggi dan mewah tetapi tidak mencukupi, tetapi golongan yang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi malahan masih berupaya menyimpan, ini bermakna segalanya terletak kepada keupayaan kita menguruskan sumber kewangan keluarga kita.
.
Di samping itu, beliau turut memberikan tips-tips untuk semua bagi mewujudkan suasana ceria dan keluarga bahagia. Semuanya ini di sampaikan dalam bentuk bersahaja agar mudah difahami malahan contoh-contoh yang dipetik juga tidak sukar kerana beliau hanya mengambil contoh tips-tips di dalam keluarganya sendiri sedari kecil sehinggalah kepada kehidupan beliau pada hari ini.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan