Jumaat, 29 Oktober 2010

Ceramah "Motivasi Kecemerlangan Pekerja" di RISDA Seremban

29 Oktober 2010, Seremban : satu ceramah bertajuk "Pekerja Cemerlang RISDA Terbilang" telah diadakan bertempat di Pejabat RISDA di Seremban. Ceramah yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau telah berlangsung sehingga jam 10.30 pagi.
.
Ceramah ini telah disertai lebih daripada 60 orang kakitangan RISDA Seremban, dan ceramah ini telah mendapat sambutan yang baik di mana pelbagai input yang telah dapat dikongsi bersama.
.
Antara lain, Sdr Syamsul menerangkan tentang Ciri-ciri pekerja cemerlang, Konsep 6S, serta nilai-nilai yang perlu ada pada diri seseorang pekerja supaya boleh digelar sebagai pekerja cemerlang.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat RISDA di atas usaha murni menjayakan program seperti ini. Adalah diharapkan agar usaha ini dapat mencambahkan lagi input serta mendorong kakitangan menjadi pekerja yang cemerlang dan terbilang.
.
Di antara kakitangan yang berkesempatan hadir
Mendengar setiap isikandungan ceramah

Ada yang kelihatan mencatat setiap isi penting yang disampaikan

Ramai juga kakitangan lelaki yang hadir nampaknya...
Sdr Syamsul ketika sedang menyampaikan ceramah Sdr Shahrul yang dikatakan berminat menerajui IOC turut sama mengikuti ceramah yang disampaikan. Mungkin sedang merencana program-program yang bakal dijalankan (agaknya)

Ada sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama
Dewan ini sentiasa bergema dengan tawa para peserta yang hadir
Setiap isikandungan dihayati dan diharapkan dapat dipraktikkan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada En Syamsul yang sudi menyampaikan ceramah di pejabat kami pada pagi ini..memang x kering gusi dibuatnya..sampai ada yang komen "sakit pipi akak pah asyik gelak je..."..semoga sedikit sebanyak dapat memberi kesan dalam hati kami...terima kasih sekali lagi...