Ahad, 31 Januari 2016

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah di Taman Pemarak, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah


30 Januari 2016, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Taman Pemarak, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Program ini telah berlangsung mulai selepas Solat Maghrib, diikuti dengan Tahlil Arwah, Selawat dan kemudiannya disambung dengan ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menzahirkan Kesyukuran Menjadi Umat Nabi Muhammad SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR