Isnin, 18 Januari 2016

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di MRSM Kuala Klawang, Jelebu


16 Januari 2016, Jelebu : Satu Program Ceramah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan khusus buat para Guru dan Kakitangan Pentadbiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang, Jelebu. Program ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: