Isnin, 18 Januari 2016

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah di Masjid Al-Muttaqin. Kampung Tengah, Masjid Tanah, Melaka


15 Januari 2016, Masjid Tanah : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid Al-Muttaqin, Kampung Tengah, Masjid Tanah, Melaka. Program ini telah turut dihadiri oleh YB Datuk Hj Sulaiman Mat Ali, ADUN Lendu. Program ini telah berlangsung mulai selepas Solat Maghrib hingga ke jam 10.00 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menzahirkan Kesyukuran Menjadi Ummat Nabi Muhammad SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: