Ahad, 23 Oktober 2011

Ceramah Kekeluargaan anjuran JAWI Putrajaya

22 Oktober 2011, Putrajaya : Satu ceramah kekeluargaan telah di adakan bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Putrajaya. Siri ceramah ini dianjurkan oleh Unit Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya. Siri ceramah ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hinggalah ke jam 4.30 petang.

Ceramah di mulakan dengan Slot 1 bertajuk "Cabaran Rumahtangga di Awal Perkahwinan". Ceramah ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Kemudiannya siri ceramah diteruskan dengan ceramah Slot 2 dengan tajuk "Dulu Lain Sekarang Lain..." iaitu berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Dan pada Slot ke 3, dengan tajuk "Kebijaksanaan Menangani Konflik Rumahtangga" mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Apa yang menarik slot yang ketiga ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Meskipun ceramah beliau berlangsung pada waktu petang Sabtu, beliau nyata berjaya mempertahankan tumpuan para peserta dengan tips-tips yang jelas dan menarik untuk diambil perhatian dengan cara dan gaya cukup bersahaja.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah dan syabas buat pihak JAWI di atas kejayaan serta inisiatif menggerakkan usaha mempertingkatkan pembangunan keluarga Islam ini. Dengan ini juga dikongsikan beberapa gambar di sepanjang program ini berlangsung.

Sempat bergambar sewaktu baru tiba di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal AbidinBergaya di hadapan banner programSdr Shameer, sahabat baik Sdr Syamsul semasa UiTM turut hadir bersama isteriSuasana ceria ketika Pengerusi Majlis mendapatkan biodata dan latarbelakang penceramahPengerusi Majlis memulakan acaraSdr Syamsul ditemani oleh Penyelaras Program di atas pentasSuasana di dalam Dewan CeramahMemulakan ceramah dengan bersahajaSuasana yang gamat dan ceria....Tidak kering gusi dibuatnya.....Pelbagai kisah dan cerita dikongsi bersamaTumpuan dan fokus kepada isikandungan ceramahAda yang sampai sudah tidak dapat mengawal perasaannya bila ketawa....Disediakan oleh : EDITOR

Rabu, 19 Oktober 2011

Ceramah Motivasi kekeluargaan di SK Seri Pagi

Satu ceramah kekeluargaan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang. Ceramah tersebut diadakan mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi pada 8 Oktober 2011. Ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan Keluarga dan Kerjaya" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Program ini merupakan sebahagian daripada perancangan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang direncanakan oleh pihak SK Taman Seri Pagi.

Ceramah disampaikan kepada sekelian guru-guru dan kakitangan SK Taman Seri Pagi. Turut hadir ke program ini adalah Tn Hj Roslan, Guru Besar SK Taman Seri Pagi.

Suasana meriah seperti biasa berlangsung tatkala ceramah bersahaja disampaikan oleh Sdr Syamsul. Para pendengar nyata tidak kering gusi mendengar ceramah yang sarat dengan pengkisahan yang terkandung 1001 pengajaran serta input-input berupa tips ke arah kecemerlangan kerjaya serta kebahagiaan keluarga.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas inisiatif serta kejayaan menganjurkan program seumpama ini. Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

p.s: Terima kasih diatas kiriman gambar-gambar oleh Pn Zarida (SK Taman Seri Pagi)