Ahad, 23 Oktober 2011
Ceramah Kekeluargaan anjuran JAWI Putrajaya
22 Oktober 2011, Putrajaya : Satu ceramah kekeluargaan telah di adakan bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Putrajaya. Siri ceramah ini dianjurkan oleh Unit Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya. Siri ceramah ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hinggalah ke jam 4.30 petang.
Ceramah di mulakan dengan Slot 1 bertajuk "Cabaran Rumahtangga di Awal Perkahwinan". Ceramah ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Kemudiannya siri ceramah diteruskan dengan ceramah Slot 2 dengan tajuk "Dulu Lain Sekarang Lain..." iaitu berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
Dan pada Slot ke 3, dengan tajuk "Kebijaksanaan Menangani Konflik Rumahtangga" mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Apa yang menarik slot yang ketiga ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Meskipun ceramah beliau berlangsung pada waktu petang Sabtu, beliau nyata berjaya mempertahankan tumpuan para peserta dengan tips-tips yang jelas dan menarik untuk diambil perhatian dengan cara dan gaya cukup bersahaja.
Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah dan syabas buat pihak JAWI di atas kejayaan serta inisiatif menggerakkan usaha mempertingkatkan pembangunan keluarga Islam ini. Dengan ini juga dikongsikan beberapa gambar di sepanjang program ini berlangsung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
salam ustaz, 1 ceramah terbaik........
mmg santai
lepas kursus ni.... ramai yahudi yang dah mati.....
mula tengok ustaz ni, dlm hati kata habis la..mesti aku tido punya nampak muka ustaz ni toya je...dah la ptg pas mkn plk tu...TAPI....
bila ustaz ni dah bg ceramah terbeliak bijik mata tak kering gusi...asyik gelak j...gamat satu dewan.smp kat sembahyang taraweh tu...aku punya gelak sampai nak terkencing!!! mmg best la ustaz ni...
gelak2 gak ilmu yg disampaikan Insyaallah akan d praktikkan terutama psl nak bunuh yahudi...
Catat Ulasan