Ahad, 16 Oktober 2011

Ceramah Motivasi Pelajar di SMS Sultan Iskandar, Mersing

16 Oktober 2011, Mersing : Satu ceramah Motivasi Pelajar telah dianjurkan di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI), Mersing, Johor Darul Takzim. Ceramah ini melibatkan penyertaan kira-kira lebih 200 orang pelajar. Pelajar-pelajar yang menyertai program ini merupakan pelajar daripada Tingkatan 2 dan 4 yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2012.

Oleh yang demikian yang dipilih di dalam program ini adalah "Merealisasikan Kecemerlangan PMR dan SPM 2012". SMSSI menduduki tangga ke 11 pencapaian terbaik seluruh Malaysia dan berada di kedudukan kedua terbaik di seluruh negeri Johor. Dengan pencapaian yang cemerlang ini usaha in i adalah diantara usaha yang dijalankan ke arah mempertingkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan akademik pelajar.

Penceramah jemputan yang diundang bagi program ini ialah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau berceramah mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Berehat seketika selama setengah jam sebelum menyambung semula ceramah pada jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Sdr Syamsul memandu sejak jam 5.30 pagi untuk ke SMSSI ini dari Seremban dan tiba tepat jam 8.30 pagi. Meskipun perjalanan yang panjang Sdr Syamsul tetap bersemangat dan bersahaja ketika menyampaikan ceramah berupa amanat dan pesanan buat para pelajar di sana. "Usaha ini juga adalah bagi membantu para pelajar demi mencapai masa depan. Usaha yang saya lakukan ini amatlah sedikit, malahan memerlukan usaha berterusan dan usaha yang lebih gigih lagi daripada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun hadapan" jelas Sdr Syamsul lagi.

Sebaik sahaja selesai ceramah pada jam 1.00 Sdr Syamsul dan EDITOR telah ke ruang makan untuk menikmati jamuan makan tengahari sebelum memulakan semula perjalanan pulang ke Seremban mulai jam 1.30 petang. Sdr Syamsul tiba di Seremban kira-kira jam 6.00 petang.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah buat pihak SMSSI di atas usaha murni ini dan diucapkan selamat maju jaya buat semua peserta yang terlibat dan semoga SMSSI beroleh kejayaan yang lebih memberangsangkan pada tahun 2012.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: