Rabu, 12 Oktober 2011

Ceramah Belia anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan



Program Ceramah Belia telah diadakan sepanjang hari melibatkan penceramah daripada ADAM iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang sibuk sepanjang hari berceramah untuk golongan belia tidak menghiraukan rasa penat dan letih yang mula meresapi diri dek kerana minat serta iltizam untuk berkongsi ilmu bersama golongan belia dari seluruh negara.

Sdr Syamsul memulakan sesi pertama dengan berceramah di bawah tajuk "Konsep Kepimpinan" mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah. Kemudiannya program berhenti rehat selama setengah jam sebelum bersambung semula pada jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang dengan tajuk "Pengurusan dan Kepimpinan". Ceramah ini melibatkan kira-kira 40 orang belia daripada seluruh negara.

Selesai sahaja ceramah, belum sempat menjamah makanan tengahari beliau terus sahaja ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) di Kg. Teluk, Pasir Panjang, Port Dickson. Di sini kira-kira 50 orang belia (juga dari seleuruh Malaysia) hadir untuk menghadiri kursus kepimpinan.

Sdr Syamsul menyambung dengan ceramah bertajuk "Sumber Kekuatan Pemimpin" mulai jam 2.30 petang hinggalah ke jam 4.30 petang. Kemudiannya beliau berehat seketika sebelum menyambung kembali ceramahnya di sebelah malam mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam dengan tajuk "Membentuk Personaliti Pemimpin".

Ketika ditanya oleh EDITOR, apakah beliau tidak berasa penat menyampaikan ceramah sepanjang hari beliau menyatakan..."Sebenarnya untuk perjuangan berkongsi ilmu ini, tidak boleh mengira penat dan letih tetapi sebaliknya nilaian untuk masa depan negara yang tidak terbanding harus datang di dalam minda demi memastikan usaha yang sedikit ini berbaloi demi detik kegemilangan generasi muda di masa akan datang".

Dengan ini EDITOR ingin berkongsi gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: