Rabu, 23 Disember 2009

Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran Pertubuhan

ADAM TERIMA SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN DARIPADA ROS!!
.
.
Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran Pertubuhan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Bil. 2/2009
Bertempat di Pusat Dakwah Islamiah
Negeri Sembilan
.
24 Disember 2009
.
Satu majlis penyampaian sijil pendaftaran pertubuhan telah diadakan mulai jam 8.00 pagi di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Penyampaian sijil telah dibuat untuk 55 pertubuhan yang baru diluluskan sehingga Disember 2009.
.
Majlis ini telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan diikuti dengan acara minum pagi.
.
Pada jam 9.00 pagi, majlis telah bersambung dengan dimulakan dengan ceramah berkaitan "Pengurusan Pertubuhan" yang telah disampaikan oleh Encik Ruslan bin Hj Daud, Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Pahang. Majlis telah berehat sebentar pada jam 10.30 pagi dan bersambung semula pada jam 11.00 pagi dengan ceramah bertajuk "Integriti Dalam Pengurusan Pertubuhan" yang disampaikan oleh En. Zakaria Mohamad daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Sembilan. Ceramah disampaikan sehingga jam 12.00 tengahari dan kemudiannya majlis telah berehat seketika sebelum bermulanya majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada pemegang-pemegang jawatan utama pertubuhan / persatuan.
.
Pada jam 12.15 telah bermulanya sesi Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Hj Md. Alias bin Hj Kalil, Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
.
Di dalam majlis penutup ini, En. Noraffendy Abd. Khalid di dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa sebanyak 2,679 pertubuhan induk telah didaftarkan pada tahun ini dan lebih 2,800 pertubuhan di peringkat cawangan yang telah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Sembilan. Beliau berharap agar kesemua pertubuhan yang sempat hadir pada hari ini akan mengambil ingatan terhadap setiap ceramah yang disampaikan pada sejak pagi tadi demi kemajuan pertubuhan yang ditubuhkan ini.
.
Sementara itu, Y.Bhg Dato Md Alias menyatakan di dalam ucapan perasmian penutupnya, ROS ini jarang-jarang didengar sebelum ini, tetapi akhir-akhir ini seringkali kedengaran nama ROS disebut terutama di dalam pertikaian beberapa parti politik seperti MCA, PPP dan sebagainya. Maka, ramai yang sudah mula sedar kepentingan ROS ini.
.
Namun, begitu semua pihak perlu faham bukan semua pertubuhan boleh diluluskan, ada juga yang telah ditolak penubuhannya atas sebab-sebab tertentu.
.
ROS perlu membuat keputusan agar persatuan atau pertubuhan dapat digerakkan sejajar dengan kehendak, peraturan dan undang-undang negara. Pada tahun ini sahaja tidak kurang daripada 115,000 pertubuhan yang telah didaftarkan dengan ROS. ROS mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan penting untuk mengurus dan mentadbir pertubuhan agar menjadi pertubuhan yang sah dan mengikut peraturan dan undang-undang.
.
Hak berpersatuan dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan negara tetapi ia bukanlah bersifat mutlak di mana ia mestilah didaftarkan dengan ROS supaya ia tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang negara. Beliau turut menasihatkan kepada penyandang-penyandang jawatan utama di dalam pertubuhan agar menjaga pertubuhan dengan seboleh-bolehnya mengelakkan pertelingkahan dalaman persatuan. Jalankanlah tugas dengan sebaiknya dan segala dokumen dan data hendaklah disimpan dalam keadaan yang teratur. Patuhilah etika kerja yang telah ditetapkan di dalam pertubuhan.
.
Turut sama menerima sijil perakuan pendaftaran pertubuhan pada hari ini adalah Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Hadir menerima sijil bagi pihak ADAM adalah Presiden ADAM iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail. Beliau berkata, inilah yang dinanti-nantikan oleh sekelian warga alumni debat negara, kerana ini akanmenjadi platform untuk bekas pendebat untuk aktif semula di dalam arena debat meskipun sebagai pemerhati, hakim, jurulatih dan sebagainya. Inilah yang penting demi menyeimbangkan pembangunan debat masakini.
.
Beliau walaunbagaimanapun berharap agar kesemua alumni debat tanpa mengira latarbelakang akan turut sama menyokong pembangunan dan pergerakan ADAM ini agar sentiasa relevan untuk semua.
.
Kami daripada EDITOR Blog ADAM mengucapkan selamat maju jaya kepada ADAM. Dan semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah. Insya Allah sedikit masa lagi kami akan menyiarkan wawancara penuh bersama Presiden ADAM Saudara Syamsul, untuk dikongsi bersama anda semua.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
.
Mendengar taklimat daripada En. Ruslan Hj Daud
En Ruslan menerangkan peraturan penting di dalam setiap pertubuhan
Kelihatan Saudara Syamsul turut fokus mendengar penerangan yang disampaikan
Di antara wakil-wakil persatuan / pertubuhan yang berkesempatan hadir
Saudara Syamsul tetap tidak berganjak mendengar penerangan yang diberikan
Ceramah seterusnya oleh En. Zakaria Mohamad daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kemusykilan dibangkitkan oleh wakil pertubuhan kepada penceramah
En. Zakaria (SPRM) mendengar dengan teliti soalan sebelum menjawabnya
Pelbagai soalan yang dilontarkan kepada En. Zakaria
En. Zakaria menghuraikan jawapan kepada para peserta dengan panjang lebar
Kakitangan ROS yang bertindak selaku Pengacara Majlis
Wakil pertubuhan memdengar dengan fokus setiap ceramah yang disampaikan
'Backdrop' yang terbentang di pentas utama
Majlis penyampaian sijil ini adalah untuk kali kedua bagi tahun 2009
Kesemua wakil bangun ketika ketibaan Tetamu Kehormat ke dalam Dewan untuk majlis Perasmian Penutup
Dari kiri; En. Noraffendy, Dato' Hj Md. Alias dan En. Ruslan Hj Daud
Bersedia memulakan majlis perasmian penutup
Saudara Syamsul sabar menanti di bawah sebelum majlis penyerahan sijil
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku"
Pengacara Majlis mengalu-alukan tetamu kehormat
Kesemua wakil pertubuhan manadah tangan ketika sesi bacaan doa
Suasana dewan tenang ketika sesi bacaan doa
Bacaan doa dipimpin oleh Tuan Hj Md. Yusof daripada ROS Negeri Sembilan
Ucapan alu-aluan oleh En. Noraffendy
En. Noraffendy turut menyampaikan beberapa amanat kepada wakil persatuan
Y.Bhg Dato' Hj. Md. Alias menyampaikan ucapan perasmian penutup
Beliau juga tidak lupa menyampaikan pesanan buat semuaUcapan perasmian yang diselitkan dengan nasihat agar dapat memantapkan persatuan
Kembali semula ke tempat duduk sebelum upacara penyampaian sijil pendaftaran kepada setiap pertubuhan
Bermulalah upacara penyampaian sijil
Saudara Syamsul menerima sijil perakuan pendaftaran Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)
.
Gambar oleh : EDITOR

Ahad, 20 Disember 2009

Motivasi Mahkamah Persekutuan : Persiapan

Program Pembangunan Modal Insan
anjuran
Pejabat Pendaftar & Puspanita
Mahkamah Persekutuan Malaysia
15 DISEMBER 2009
.
Persediaan Akhir ( Lokasi : Kediaman Kamarul )
.
Sehari sebelum Program Pembangunan Modal Insan bermula, 'crew' IOC telah berkumpul di kediaman Saudara Kamarozaman (Kamarul) bagi membuat persiapan akhir. Antaranya dengan menyemak semula modul, penyediaan rangka pelan aktiviti serta permainan-permainan yang ingin diketengahkan. Ini sememangnya biasa dilakukan oleh crew IOC bagi menampakkan persediaan rapi sebaik sahaja program bermula. Selamat maju jaya diucapkan buat IOC.
.
Kelihatan Syamsul menyemak semula modul dan Halim menggunting kertas untuk permainan bahasa isyarat
Yusof turut membantu menyemak semula modul bersama Syamsul
Kamarul membentangkan perancangannya dari segi aktiviti Riadhah
Kamarul turut membantu Halim
Kamarul memberikan penerangan tentang game-game terbaru yang ingin dijalankan semasa sesi Riadhah nanti sambil yang lain mendengar tetapi melaksanakan tugasan-tugasan lain.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Motivasi Mahkamah Persekutuan : Laporan Penuh

= LAPORAN PENUH PROGRAM =
.
Program Pembangunan Modal Insan
anjuran
Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
bersama
Persatuan PUSPANITA
Cawangan Kecil Pejabat Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
.
Pada 16 Disember 2009 hingga 18 Disember 2009, telah berlangsungnya satu program motivasi yang diberi nama "Program Pembangunan Modal Insan" bertempat di Klebang Beach Resort, Melaka. Program ini telah dikendalikan oleh Intellectual Orator Consultant (IOC) yang diterajui oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Saudara Kamarozaman Yaacob, Saudara Md. Yusof Alias dan Saudara Abd. Halim Abu Bakar. Kursus yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam ini telah berlangsung dengan jayanya.
.
16 Disember 2009
.
Program ini telah bermula dengan ketibaan para peserta ke tempat kursus iaitu pada jam 8.30 malam di Klebang Beach Resort, Melaka. Ketibaan para peserta telah disambut oleh pihak IOC dan juga pengurusan Klebang Beach Resort (KBR). Sebaik sahaja tiba, kesemua delegasi diberikan penginapan masing-masing. Selepas meletakkan bagasi, pada jam 8.45 malam telah berlangsungnya taklimat program yang telah disampaikan oleh Saudara Md. Yusof bin Alias (Eksekutif Bahagian Liason / Perhubungan IOC).
. Suasana perkarangan Hotel KBRGambar ruang lobi KBR
Kemudahan kolam renang yang turut disediakan oleh pihak KBR untuk kemudahan pengunjung
Suasana yang indah, damai dan tenang
.
Sebaik sahaja selesai taklimat berkenaan kursus, para peserta kemudian telah dijemput untuk menimati jamuan "steamboat" yang telah disediakan oleh pihak KBR. Ternyata hidangan ini telah berjaya menarik minat dan membuka selera para peserta program ini. Program jamuan ini telah tamat pada jam 11.00 malam. Dan selepas itu para peserta telah dibenarkan pulang ke bilik masing-masing untuk berehat sebelum memulakan aktiviti pada keesokan harinya.
.
17 Disember 2009
.
Aktiviti telah dimulakan seawal jam 6.30 pagi dengan aktiviti riadhah yang dikendalikan oleh Saudara Kamarozaman Yaacob (Eksekutif Bahagian Latihan IOC). Aktiviti riadhah ini padat dengan pelbagai jenis permainan yang nyata telah menarik minat para peserta. Sebaik sahaja selesai riadhah, peserta telah menikmati sarapan pagi pada 7.30 pagi.
.
Pada jam 8.30 pagi Ceramah telah dimulakan dengan ceramah Slot 1 dengan tajuk "Pembangunan Sahsiah & Kualiti Peribadi" dan diikuti Slot 2 pada jam 9.30 pagi dengan tajuk "Pemantapan Disiplin Tenaga Kerja". Pada jam 10.30 pagi program telah berhenti rehat untuk memberi laluan kepada acara minum pagi.
.
Program bersambung semula pada jam 11.00 pagi dengan Slot 3 bertajuk "Kecemerlangan Diri dan Organisasi" serta Slot 4 bertajuk "Kepimpinan Diri & Organisasi" yang berlangsung mulai jam 12.00 tengahari. Sebaik sahaja tamat Slot 4, para peserta telah berehat mulai jam 1 untuk menikmati jamuan makan tenagahari.
.
Slot petang bermula pada jam 2.30 petang dengan Slot 5 yang bertajuk "Kemahiran Interpersonal Modal Insan" yang berakhir pada jam 4.30 petang. Pada jam 4.30 petang para peserta telah menikmati jamuan minum petang, sebelum berehat pada jam 5.00 petang bagi membolehkan para peserta bersiap-siap sebelum diadakan program Solat Berjemaah pada waktu Maghrib.
.
Pada jam 6.30 petang, semua peserta lelaki dan wanita berkumpul di surau bagi bersedia membacakan Doa Akhir Tahun Islam dan disambung dengan Solat Maghrib berjemaah. Selepas Solat Maghrib telah diadakan Bacaan Doa Awal Tahun Islam (Awal Muharram). Sebaik sahaja tamat Solat Maghrib telah diadakan satu majlis tahlil dan bacaan Yasiin bagi mendoakan kesejahteraan Puan Hasliza iaitu salah seorang kakitangan Mahkamah Persekutuan Malaysia yang menghidapi penyakit kanser tulang. Alhamdulillah majlis tersebut telah selamat diadakan dan disusuki dengan Solat Isya' secara berjemaah.
.
Sebaik sahaja selesai Solat Isya' para peserta telah menikmati jamuan makan malam dan barbeque yang telah disediakan oleh pihak KBR. Jamuan ini telah turut dihadiri oleh Tuan Abu Bakar bin Dato' Hj. Abd. Jalal iaitu Penolong Pengarah Pejabat Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Majlis jamuan makan malam ini telah berakhir pada jam 11.00 malam. Selepas itu para peserta kembali ke bilik masing-masing untuk berehat.
.
18 Disember 2009
.
Seperti biasa aktiviti pagi dimulakan dengan program Riadhah yang dikendalikan oleh Saudara Kamarozaman seawal jam 6.30 pagi dan berakhir pada jam 7.15 pagi dan seterusnya berlangsung sesi sarapan pagi pada jam 7.30 pagi.
.
Slot ceramah bersambung dengan Slot 6 iaitu yang terakhir dengan tajuk "Pembentukan Sifat Positif Modal Insan". Slot 6 ini walaupun telah masuk hari ketiga, telah berlangsung dengan suasana yang cukup ceria sekali sehingga tidak kelihatan sedikitpun rasa penat mahupun bosan di kalangan peserta.
.
Slot ini berakhir pada jam 10.30 pagi dengan memberi laluan kepada sesi minum pagi sebelum berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung mulai jam 11.00 pagi.
.
Majlis Perasmian Penutup telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Saudara Md Yusof Alias. Kemudian majlis diteruskan dengan ulasan oleh wakil peserta dengan En. Alias bin Ali mewakili peserta lelaki dan Puan Aini binti Tahir mewakili peserta wanita. Sebaik sahaja selesai, Saudara Syamsul Amri Ismail telah tampil memberikan ulasan keseluruhan program.
.
Sebaik sahaja selesai ulasan oleh Saudara Syamsul, Tuan Abu Bakar bin Dato' Hj Abd. Jalal telah tampil bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan upacara perasmian penutup Program Pembangunan Modal Insan ini.
.
Selepas itu, Tuan Abu Bakar juga telah tidak keberatan menyampaikan sijil-sijil untuk para peserta yang telah terlibat mengikuti program selama 3 hari dan 2 malam ini.
.
Peserta-peserta yang telah mengikuti program ini adalah seperti berikut:
.
1. Anwar bin Isnen
2. Hasrizal bin Hashim
3. Mohd Ashraf bin Ramli
4. Nor Hashimah binti Omar
5. Mohd Rohaimey bin Mahat
6. Rodiyah binti Mohd Som
7. Normah binti Mohamed Said
8. Zaharah binti Elias
9. Hadijah binti Saleh
10. Busu Salina binti Mustapha
11. Aini binti Tahir
12. Mohamad Haniff bin Mokhtar
13. Azuraida binti Mohamed
14. Azmida binti Abd Aziz
15. Syuriani binti Abu Seman
16. Che Mazmi bin Muhamed
17. Noor Siah binti Abdul Rahman
18. Roslina binti Abdul Malik
19. Hafizatul binti Md Yusof
20. Nurul Liana Shafiqah binti Noor Mohamed Ashley
21. Desmiyanti binti Djanuar
22. Norasyikin binti Mohamad Zainudin
23. Shaliza binti Hashim
24. Mizatul Hafiza binti Mohamad
25. Malathi Sundarajoo
26. Bagialachimi A/P Mutthu
27. Alias bin Ali
28. Mohammad Khairulhizam bin Zamrus
29. Noor Azam bin Adnan
30. Meor Muhammad Fauzi bin Harim Osman
31. Mohd Roslan bin Idris
32. Zairol Arifin bin Musa
33. Maimon binti Mohd Zin
34. Nor Amer bin Md. Nor
35. Mohd Azrul Hayat bin Ismail
36. Mimi Azirah binti Shaharuddin
37. Azizah binti Mohd Kassim
38. Syed Reduwan bin Syed Sulaiman
39. Karsinah binti Ahmad
40. Nor Mazihan binti Mohamed
41. Nor Izan Zazila binti Idris
42. Irwanda bin Kamaruddin
43. Cyzrell Ery bin Dahari
44. Mohamad Rudini bin Abdullah
.
Sebaik sahaja selesai pemberian sijil-sijil kepada para peserta, Saudara Syamsul sekali lagi telah tampil ke hadapan, tetapi kali ini, beliau mengumumkan beberapa hadiah khas untuk individu dan kumpulan.
.
Bagi hadiah kumpulan secara keseluruhan diberikan berasaskan markah yang telah diberi sejak slot awal hinggalah akhir kursus. Akhirnya diumumkan keputusan markah berkumpulan seperti berikut:
.
Johan : Kumpulan RAFFLESIA dengan 1650 Markah
Naib Johan : Kumpulan SIX PLUS TWO dengan 1450 Markah
Ketiga : Kumpulan BAKAWALI dengan 1200 Markah
Keempat : Kumpulan ADA AKU KISAH dengan 1150 Markah; dan
Kelima : Kumpulan ELEKTRIK dengan 1100 Markah
.
Bagi anugerah individu juga turut dinilai berasaskan prestasi individu secara keseluruhan di sepanjang kursus berlangsung. Di antara anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:
.
a) Anugerah kerana penumpuan penuh dalam kelas serta sentiasa memberikan jawapan tepat di dalam kuliah
.
NOOR SIAH BINTI ABDUL RAHMAN
.
b) Anugerah sebagai peserta veteran yang begitu 'sporting' dan suara nyanyian yang amat baik dan menarik perhatian
.
NORMAH BINTI MOHAMAD SAID
.
c) Anugerah peserta bukan Melayu yang begitu komitmen cuba menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam kuliah dan aktif
.
MALATHI SUNDARAJOO
.
d) Anugerah kepimpinan atas bakat sebagai seorang muda yang mampu menjadi pemimpin yang baik dan mengatur urus kumpulan dengan cemerlang
.
MOHD AZRUL HAYAT BIN ISMAIL
.
e) Anugerah atas komitmen dalam kelas dan aktiviti keseluruhan
.
MOHD NOOR AZAM BIN ADNAN
.
f) Anugerah peserta yang paling kuat dan kerap ketawa di dalam kuliah
.
MAIMON BINTI MOHD ZIN
.
g) Anugerah peserta yang cemerlang ketika sesi permainan "Bahasa Isyarat"
.
AZMIDA BINTI MOHAMED
.
h) Anugerah peserta veteran yang memberikan komitmen yang cukup tinggi dan komited di dalam setiap tugasan di dalam kuliah
.
AINI BINTI TAHIR
.
i) Anugerah peserta yang agak "happy go lucky" dan "gila-gila"
.
NOR AMER BIN MD. NOR
.
j) Anugerah peserta veteran yang mempunyai penghayatan dalam kuliah serta penumpuan dan fokus yang baik
.
RODIYAH BINTI MOHD SOM
.
Tiga anugerah khas juri juga turut diumumkan dengan kesemua peserta lelaki secara sebulat suara memilih NORMAH BINTI MOHAMED SAID sebagai peserta wanita paling popular dan terbaik di sepanjang kursus, Manakala majoriti peserta wanita memilih ZAIROL ARIFIN BIN MUSA sebagai peserta lelaki paling popular dan terbaik di sepanjang kursus.
.
Manakala Anugerah Khas "Kumpulan Yang Paling Mencuit Hati" jatuh kepada kumpulan "ADA AKU KISAH".
.
Sebaik sahaja tamat program, satu sesi bergambar telah diadakan dan seterusnya sesi Jamuan Makan Tengahari. Para peserta telah daftar-keluar (check-out) daripada hotel KBR mulai jam 2.00 petang iaitu selepas selesai peserta lelaki mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Pokok Asam (bersebelahan KBR). Para peserta telah bergerak pulang ke destinasi dengan bas rasmi Mahkamah Persekutuan pada jam 2.30 petang.
.
.
Hasil daripada penelitian kami yang mengendalikan program-program, inilah kumpulan peserta yang paling komited, komitmen, periang dan happening!! yang pernah kami kendalikan. Kami daripada IOC mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi malahan tidak keberatan untuk mengendalikan lagi di masa-masa akan datang jika diberikan peluang sekali lagi.
.
Sekian dan terima kasih.
.
Disediakan oleh :
.
Saudara Md. Yusof Alias
Eksekutif Bahagian Liason / Perhubungan
Intellectual Orator Consultant


Soalan Kajiselidik Program Motivasi Mahkamah Persekutuan 2009

Pada 18 Disember 2009, satu borang kajiselidik telah diedarkan kepada para peserta bagi menilai tahap keberkesanan serta tahap perlaksanaan program bagi Program Pembangunan Modal Insan anjuran Pejabat Pendaftar & PUSPANITA, Mahkamah Persekutuan Malaysia yang telah dikendalikan selama 3 hari dan dua malam oleh Intellectual Orator Consultant (IOC). Sebanyak 9 soalan dikemukakan dengan 6 soalan daripadanya merupakan soalan tertutup (close-ended question). Soalan telah dikemukakan kepada kesemua 43 orang peserta program. Cuma ada seorang peserta sahaja yang tidak mengembalikan semula borang soal selidik yang diberikan.
.
Bagi setiap soalan pilihan jawapan yang diberikan adalah samada:
.
1) Sangat Memuaskan;
2) Memuaskan;
3) Sederhana; atau
4) Kurang Memuaskan
.
Hasil soal-selidik yang dijalankan, berikut merupakan penemuan yang diperolehi:
.
1. APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG SISTEM PENGANGKUTAN YANG MEMBAWA PESERTA DATANG KE TEMPAT BERKURSUS?
.
Sangat Memuaskan - 12 Orang (28%)
Memuaskan - 29 Orang (67%)
Sederhana - 2 Orang (5%)
Kurang Memuaskan - Tiada
.
2. APAKAH PENILAIAN ANDA TERHADAP LAYANAN SERTA PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH KLEBANG BEACH RESORT?
.
Sangat Memuaskan - 7 Orang (16%)
Memuaskan - 30 Orang (70%)
Sederhana - 4 Orang (9%)
Kurang Memuaskan - 2 Orang (5%)
.
3. APAKAH PENILAIAN ANDA TERHADAP MUTU PENGINAPAN YANG DISEDIAKAN?
.
Sangat Memuaskan - 7 Orang (23%)
Memuaskan - 28 Orang (65%)
Sederhana - 8 Orang (19%)
Kurang Memuaskan - Tiada
.
4. APAKAH PENILAIAN ANDA TERHADAP MUTU MAKANAN YANG DISEDIAKAN?
.
Sangat Memuaskan - 10 Orang (23%)
Memuaskan - 26 Orang (61%)
Sederhana - 7 Orang (16%)
Kurang Memuaskan - Tiada
.
5. APAKAH PENILAIAN ANDA TERHADAP PROGRAM RIADHAH YANG DIJALANKAN OLEH SAUDARA KAMARUZAMAN?
.
Sangat Memuaskan - 34 Orang (79%)
Memuaskan - 8 Orang (9%)
Sederhana - 1 Orang (2%)
Kurang Memuaskan - Tiada
.
6. APAKAH PENILAIAN ANDA TERHADAP SETIAP CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH SAUDARA SYAMSUL AMRI?
.
Sangat Memuaskan - 38 Orang (88%)
Memuaskan - 5 Orang (12%)
Sederhana - Tiada
Kurang Memuaskan - Tiada
.
Terdapat 3 lagi lagi soalan iaitu soalan 7, 8 dan 9 merupakan soalan yang bersifat terbuka yang hanya memohon pandangan peserta. Secara keseluruhannya boleh dikatakan para peserta bersetuju dengan program yang dijalankan benar-benar menarik perhatian dan wajar diteruskan pada masa akan datang. Cuma ada seorang peserta sahaja yang menyatakan bahawa slot Riadhah perlu diadakan aktiviti yang lebih mencabar sementara 42 peserta lain menyatakan bahawa aktiviti Riadhah ada kelainan dan sangat menyeronokkan. Terdapat juga 25 orang peserta menyatakan bahawa program berlangsung sangat singkat (3 hari dan 2 malam) dan mengharapkan penganjur agar menambahkan lagi masanya.
.
Apa-apa pun pihak IOC mengucapkan jutaan terima kasih di atas feed-back yang diberikan, dan akan berusaha memperbaiki mana-mana ruang yang boleh supaya dapat mempertingkatkan mutu dan kualiti program di masa-masa yang akan datang.
.
Sekian dan terima kasih.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Motivasi Mahkamah Persekutuan : Ketibaan & Sesi Taklimat

Program Pembangunan Modal Insan
anjuran
Pejabat Pendaftar & Puspanita
Mahkamah Persekutuan Malaysia
16 Disember 2009
Bertempat di Klebang Beach Resort, Melaka
.
KETIBAAN & SESI TAKLIMAT
.
Ketibaan para peserta daripada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dan Mahkamah Kuala Lumpur
Ketibaan mereka di dalam keadaan suasana hujan renyai-renyai
Inilah Bas rasmi yang membawa peserta sehingga tiba di lokasi program
Bergegas masuk ke lobi dengan pelbagai bagasi dan kelengkapan peribadi
Ketibaan dengan wajah yang ceria
Waa... ada bantal "Chelsea" yang tak tahan nih! "You'll Never Walk Alone"! Hidup Liverpool! Sorilah, emosi lak!
Cik Nordiana (Urusetia Program) menguruskan bilik para peserta sebaik sahaja peserta tiba
Para peserta yang bergurau senda ketika baru tiba
Para peserta dimaklumkan tentang taklimat yang akan diadakan sebentar lagi di bilik seminar
Para peserta masih ada yang baru turun dari bas
Ada yang berehat melepaskan penat seketika
Para peserta mula bergerak ke bilik seminar untuk mendengar taklimat program Backdrop yang disediakan oleh pihak Klebang Beach Resort, Melaka
Taklimat dijalankan sebaik sahaja selesai para peserta meletakkan barangan di bilik masing-masing. Taklimat disampaikan oleh Saudara Md. Yusof Alias (Eksekutif Bahagian Perhubungan, IOC) sambil ditemani oleh urusetia program iaitu Puan Norhaniah dan Cik Nordiana
Para peserta yang kelihatan ceria mendengar taklimat yang disampaikan
Para peserta nyata dapat memberikan fokus dan tumpuan walaupun sedikit keletihan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR