Ahad, 20 Disember 2009

Motivasi Mahkamah Persekutuan : Laporan Penuh

= LAPORAN PENUH PROGRAM =
.
Program Pembangunan Modal Insan
anjuran
Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
bersama
Persatuan PUSPANITA
Cawangan Kecil Pejabat Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
.
Pada 16 Disember 2009 hingga 18 Disember 2009, telah berlangsungnya satu program motivasi yang diberi nama "Program Pembangunan Modal Insan" bertempat di Klebang Beach Resort, Melaka. Program ini telah dikendalikan oleh Intellectual Orator Consultant (IOC) yang diterajui oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Saudara Kamarozaman Yaacob, Saudara Md. Yusof Alias dan Saudara Abd. Halim Abu Bakar. Kursus yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam ini telah berlangsung dengan jayanya.
.
16 Disember 2009
.
Program ini telah bermula dengan ketibaan para peserta ke tempat kursus iaitu pada jam 8.30 malam di Klebang Beach Resort, Melaka. Ketibaan para peserta telah disambut oleh pihak IOC dan juga pengurusan Klebang Beach Resort (KBR). Sebaik sahaja tiba, kesemua delegasi diberikan penginapan masing-masing. Selepas meletakkan bagasi, pada jam 8.45 malam telah berlangsungnya taklimat program yang telah disampaikan oleh Saudara Md. Yusof bin Alias (Eksekutif Bahagian Liason / Perhubungan IOC).
. Suasana perkarangan Hotel KBRGambar ruang lobi KBR
Kemudahan kolam renang yang turut disediakan oleh pihak KBR untuk kemudahan pengunjung
Suasana yang indah, damai dan tenang
.
Sebaik sahaja selesai taklimat berkenaan kursus, para peserta kemudian telah dijemput untuk menimati jamuan "steamboat" yang telah disediakan oleh pihak KBR. Ternyata hidangan ini telah berjaya menarik minat dan membuka selera para peserta program ini. Program jamuan ini telah tamat pada jam 11.00 malam. Dan selepas itu para peserta telah dibenarkan pulang ke bilik masing-masing untuk berehat sebelum memulakan aktiviti pada keesokan harinya.
.
17 Disember 2009
.
Aktiviti telah dimulakan seawal jam 6.30 pagi dengan aktiviti riadhah yang dikendalikan oleh Saudara Kamarozaman Yaacob (Eksekutif Bahagian Latihan IOC). Aktiviti riadhah ini padat dengan pelbagai jenis permainan yang nyata telah menarik minat para peserta. Sebaik sahaja selesai riadhah, peserta telah menikmati sarapan pagi pada 7.30 pagi.
.
Pada jam 8.30 pagi Ceramah telah dimulakan dengan ceramah Slot 1 dengan tajuk "Pembangunan Sahsiah & Kualiti Peribadi" dan diikuti Slot 2 pada jam 9.30 pagi dengan tajuk "Pemantapan Disiplin Tenaga Kerja". Pada jam 10.30 pagi program telah berhenti rehat untuk memberi laluan kepada acara minum pagi.
.
Program bersambung semula pada jam 11.00 pagi dengan Slot 3 bertajuk "Kecemerlangan Diri dan Organisasi" serta Slot 4 bertajuk "Kepimpinan Diri & Organisasi" yang berlangsung mulai jam 12.00 tengahari. Sebaik sahaja tamat Slot 4, para peserta telah berehat mulai jam 1 untuk menikmati jamuan makan tenagahari.
.
Slot petang bermula pada jam 2.30 petang dengan Slot 5 yang bertajuk "Kemahiran Interpersonal Modal Insan" yang berakhir pada jam 4.30 petang. Pada jam 4.30 petang para peserta telah menikmati jamuan minum petang, sebelum berehat pada jam 5.00 petang bagi membolehkan para peserta bersiap-siap sebelum diadakan program Solat Berjemaah pada waktu Maghrib.
.
Pada jam 6.30 petang, semua peserta lelaki dan wanita berkumpul di surau bagi bersedia membacakan Doa Akhir Tahun Islam dan disambung dengan Solat Maghrib berjemaah. Selepas Solat Maghrib telah diadakan Bacaan Doa Awal Tahun Islam (Awal Muharram). Sebaik sahaja tamat Solat Maghrib telah diadakan satu majlis tahlil dan bacaan Yasiin bagi mendoakan kesejahteraan Puan Hasliza iaitu salah seorang kakitangan Mahkamah Persekutuan Malaysia yang menghidapi penyakit kanser tulang. Alhamdulillah majlis tersebut telah selamat diadakan dan disusuki dengan Solat Isya' secara berjemaah.
.
Sebaik sahaja selesai Solat Isya' para peserta telah menikmati jamuan makan malam dan barbeque yang telah disediakan oleh pihak KBR. Jamuan ini telah turut dihadiri oleh Tuan Abu Bakar bin Dato' Hj. Abd. Jalal iaitu Penolong Pengarah Pejabat Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Majlis jamuan makan malam ini telah berakhir pada jam 11.00 malam. Selepas itu para peserta kembali ke bilik masing-masing untuk berehat.
.
18 Disember 2009
.
Seperti biasa aktiviti pagi dimulakan dengan program Riadhah yang dikendalikan oleh Saudara Kamarozaman seawal jam 6.30 pagi dan berakhir pada jam 7.15 pagi dan seterusnya berlangsung sesi sarapan pagi pada jam 7.30 pagi.
.
Slot ceramah bersambung dengan Slot 6 iaitu yang terakhir dengan tajuk "Pembentukan Sifat Positif Modal Insan". Slot 6 ini walaupun telah masuk hari ketiga, telah berlangsung dengan suasana yang cukup ceria sekali sehingga tidak kelihatan sedikitpun rasa penat mahupun bosan di kalangan peserta.
.
Slot ini berakhir pada jam 10.30 pagi dengan memberi laluan kepada sesi minum pagi sebelum berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung mulai jam 11.00 pagi.
.
Majlis Perasmian Penutup telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Saudara Md Yusof Alias. Kemudian majlis diteruskan dengan ulasan oleh wakil peserta dengan En. Alias bin Ali mewakili peserta lelaki dan Puan Aini binti Tahir mewakili peserta wanita. Sebaik sahaja selesai, Saudara Syamsul Amri Ismail telah tampil memberikan ulasan keseluruhan program.
.
Sebaik sahaja selesai ulasan oleh Saudara Syamsul, Tuan Abu Bakar bin Dato' Hj Abd. Jalal telah tampil bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan upacara perasmian penutup Program Pembangunan Modal Insan ini.
.
Selepas itu, Tuan Abu Bakar juga telah tidak keberatan menyampaikan sijil-sijil untuk para peserta yang telah terlibat mengikuti program selama 3 hari dan 2 malam ini.
.
Peserta-peserta yang telah mengikuti program ini adalah seperti berikut:
.
1. Anwar bin Isnen
2. Hasrizal bin Hashim
3. Mohd Ashraf bin Ramli
4. Nor Hashimah binti Omar
5. Mohd Rohaimey bin Mahat
6. Rodiyah binti Mohd Som
7. Normah binti Mohamed Said
8. Zaharah binti Elias
9. Hadijah binti Saleh
10. Busu Salina binti Mustapha
11. Aini binti Tahir
12. Mohamad Haniff bin Mokhtar
13. Azuraida binti Mohamed
14. Azmida binti Abd Aziz
15. Syuriani binti Abu Seman
16. Che Mazmi bin Muhamed
17. Noor Siah binti Abdul Rahman
18. Roslina binti Abdul Malik
19. Hafizatul binti Md Yusof
20. Nurul Liana Shafiqah binti Noor Mohamed Ashley
21. Desmiyanti binti Djanuar
22. Norasyikin binti Mohamad Zainudin
23. Shaliza binti Hashim
24. Mizatul Hafiza binti Mohamad
25. Malathi Sundarajoo
26. Bagialachimi A/P Mutthu
27. Alias bin Ali
28. Mohammad Khairulhizam bin Zamrus
29. Noor Azam bin Adnan
30. Meor Muhammad Fauzi bin Harim Osman
31. Mohd Roslan bin Idris
32. Zairol Arifin bin Musa
33. Maimon binti Mohd Zin
34. Nor Amer bin Md. Nor
35. Mohd Azrul Hayat bin Ismail
36. Mimi Azirah binti Shaharuddin
37. Azizah binti Mohd Kassim
38. Syed Reduwan bin Syed Sulaiman
39. Karsinah binti Ahmad
40. Nor Mazihan binti Mohamed
41. Nor Izan Zazila binti Idris
42. Irwanda bin Kamaruddin
43. Cyzrell Ery bin Dahari
44. Mohamad Rudini bin Abdullah
.
Sebaik sahaja selesai pemberian sijil-sijil kepada para peserta, Saudara Syamsul sekali lagi telah tampil ke hadapan, tetapi kali ini, beliau mengumumkan beberapa hadiah khas untuk individu dan kumpulan.
.
Bagi hadiah kumpulan secara keseluruhan diberikan berasaskan markah yang telah diberi sejak slot awal hinggalah akhir kursus. Akhirnya diumumkan keputusan markah berkumpulan seperti berikut:
.
Johan : Kumpulan RAFFLESIA dengan 1650 Markah
Naib Johan : Kumpulan SIX PLUS TWO dengan 1450 Markah
Ketiga : Kumpulan BAKAWALI dengan 1200 Markah
Keempat : Kumpulan ADA AKU KISAH dengan 1150 Markah; dan
Kelima : Kumpulan ELEKTRIK dengan 1100 Markah
.
Bagi anugerah individu juga turut dinilai berasaskan prestasi individu secara keseluruhan di sepanjang kursus berlangsung. Di antara anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:
.
a) Anugerah kerana penumpuan penuh dalam kelas serta sentiasa memberikan jawapan tepat di dalam kuliah
.
NOOR SIAH BINTI ABDUL RAHMAN
.
b) Anugerah sebagai peserta veteran yang begitu 'sporting' dan suara nyanyian yang amat baik dan menarik perhatian
.
NORMAH BINTI MOHAMAD SAID
.
c) Anugerah peserta bukan Melayu yang begitu komitmen cuba menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam kuliah dan aktif
.
MALATHI SUNDARAJOO
.
d) Anugerah kepimpinan atas bakat sebagai seorang muda yang mampu menjadi pemimpin yang baik dan mengatur urus kumpulan dengan cemerlang
.
MOHD AZRUL HAYAT BIN ISMAIL
.
e) Anugerah atas komitmen dalam kelas dan aktiviti keseluruhan
.
MOHD NOOR AZAM BIN ADNAN
.
f) Anugerah peserta yang paling kuat dan kerap ketawa di dalam kuliah
.
MAIMON BINTI MOHD ZIN
.
g) Anugerah peserta yang cemerlang ketika sesi permainan "Bahasa Isyarat"
.
AZMIDA BINTI MOHAMED
.
h) Anugerah peserta veteran yang memberikan komitmen yang cukup tinggi dan komited di dalam setiap tugasan di dalam kuliah
.
AINI BINTI TAHIR
.
i) Anugerah peserta yang agak "happy go lucky" dan "gila-gila"
.
NOR AMER BIN MD. NOR
.
j) Anugerah peserta veteran yang mempunyai penghayatan dalam kuliah serta penumpuan dan fokus yang baik
.
RODIYAH BINTI MOHD SOM
.
Tiga anugerah khas juri juga turut diumumkan dengan kesemua peserta lelaki secara sebulat suara memilih NORMAH BINTI MOHAMED SAID sebagai peserta wanita paling popular dan terbaik di sepanjang kursus, Manakala majoriti peserta wanita memilih ZAIROL ARIFIN BIN MUSA sebagai peserta lelaki paling popular dan terbaik di sepanjang kursus.
.
Manakala Anugerah Khas "Kumpulan Yang Paling Mencuit Hati" jatuh kepada kumpulan "ADA AKU KISAH".
.
Sebaik sahaja tamat program, satu sesi bergambar telah diadakan dan seterusnya sesi Jamuan Makan Tengahari. Para peserta telah daftar-keluar (check-out) daripada hotel KBR mulai jam 2.00 petang iaitu selepas selesai peserta lelaki mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Pokok Asam (bersebelahan KBR). Para peserta telah bergerak pulang ke destinasi dengan bas rasmi Mahkamah Persekutuan pada jam 2.30 petang.
.
.
Hasil daripada penelitian kami yang mengendalikan program-program, inilah kumpulan peserta yang paling komited, komitmen, periang dan happening!! yang pernah kami kendalikan. Kami daripada IOC mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi malahan tidak keberatan untuk mengendalikan lagi di masa-masa akan datang jika diberikan peluang sekali lagi.
.
Sekian dan terima kasih.
.
Disediakan oleh :
.
Saudara Md. Yusof Alias
Eksekutif Bahagian Liason / Perhubungan
Intellectual Orator Consultant


Tiada ulasan: